FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Sabtu, 2 Januari 2010

CUBAAN BUNUH KARTUNIS HINA NABI MUHAMMAD


Controversial: Kurt Westergaard has become a target for extremists since drawing a satirical picture of the Prophet Mohammed


COPENHAGEN 2 Jan. – Polis Denmark menembak dan mencederakan seorang lelaki Somalia bagi mematahkan percubaan untuk membunuh seorang kartunis yang mencetuskan kemarahan dunia Islam pada 2005 kerana melukis karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Lelaki yang bersenjatakan sebilah pisau dan kapak itu gagal memasuki rumah kartunis, Kurt Westergaard di bandar Aarhus malam tadi dan ditembak di kaki dan tangan apabila dia membaling kapaknya ke arah anggota polis.
Menurut Perkhidmatan Keselamatan dan Perisikan Denmark, PET, lelaki berusia 28 tahun itu menjalin ‘hubungan rapat dengan pertubuhan militan Somalia, al-Shabaab dan para pemimpin al-Qaeda di Afrika Timur.
Lelaki tersebut yang mempunyai permit untuk tinggal di Denmark juga ‘disyaki terlibat dengan kegiatan keganasan di Afrika Timur’.
Dia akan didakwa atas tuduhan cuba membunuh Westergaard dan anggota polis berkenaan, menurut PET dalam kenyataannya.
Westergaard, 75, tidak cedera dalam insiden tersebut dan polis masih menyiasat sama ada lelaki Somalia itu bertindak sendirian, kata seorang jurucakap polis.
Pada tahun lepas pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menangkap dua lelaki di Chicago kerana disyaki merancang serangan ke atas Westergaard dan akhbar Denmark, Jyllands-Posten yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad SAW itu.


Wounded: The Somalian was carried into court on a stretcher and charged with two counts of attempted murder.


Target: Police outside Westergaard's home in Aarhus last night after a Somali man armed with an axe and a knife tried to break in.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan