FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Jumaat, 8 Januari 2010

BAKAR GEREJA SABOTAJ UMAT ISLAM ?TIDAK BOLEH DI MAAFKAN.


GEREJA di Taman Desa Melawati musnah terbakar yang dipercayai perbuatan khianat awal pagi semalam.

PERKASA KUTUK BAKAR GEREJA
..........................
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan serangan terhadap tiga gereja pagi ini adalah perbuatan pihak tertentu untuk mensabotaj umat Islam dan ekonomi negara.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, kejadian itu seakan-akan dirancang sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Gereja Katholik selepas solat Jumaat hari ini.
Beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak cepat membuat kesimpulan menuduh ia perbuatan orang Islam kerana terdapat pelbagai kemungkinan dalam kejadian tersebut.
"Perkasa tidak menolak kemungkinan ia adalah kaedah 'psikologi balikan' untuk memburukkan orang Islam dan pada masa sama meruntuhkan ekonomi negara.
"Cuba kita lihat kebetulan yang ada, sewaktu umat Islam mahu mengadakan demonstrasi, ada pula pihak yang bertindak membakar gereja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Awal pagi ini, Gereja Metro Tarbenacle, Taman Melawati terbakar manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.
Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa membuat siasatan dan menyokong penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.
"Jika siasatan mendapati orang Islam terlibat dalam kejadian itu, ia hanya melibatkan individu yang tidak mewakili keseluruhan umat Islam yang cintakan kedamaian," ujarnya.
Beliau berkata, Perkasa mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan jenayah yang tidak boleh dimaafkan itu walau apa pun alasannya.
Katanya, ia merupakan perbuatan orang yang pengecut dan tidak bertanggungjawab.
"Memang Perkasa konsisten membantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam, namun perjuangan kami melalui cara yang aman, bukannya kekerasan," katanya.





ANGGOTA Bomba dan Penyelamat dari Unit Penyiasatan merakam gambar beberapa bahagian Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Desa Melawati, Hulu Klang yang terbakar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

KEBAKARAN MUNGKIM DIDALANGI PIHAK KETIGA
.........................................
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pihak berkuasa diminta menyiasat kemungkinan kejadian serangan dan cubaan membakar gereja di sekitar ibu negara sejak awal pagi ini didalangi oleh pihak ketiga.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, terdapat kemungkinan ia didalangi pihak yang ingin mengambil kesempatan bagi mengeruhkan keadaan.
"Lihat seperti yang berlaku sebelum ini antara Malaysia dan Indonesia. Hubungan menjadi tegang disebabkan ada pihak ketiga menjadi dalang dengan motif tertentu.
"Mungkin dalang yang sama ingin memanfaatkan perpecahan antara masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, seterusnya memudaratkan keselamatan negara kita,"
Awal pagi ini, Gereja Metro Tarbenacle, Taman Melawati terbakar manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.
Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, mungkin ada antara rakyat negara ini yang tahu atau dapat mengagak siapa dalang itu tetapi lebih baik perkara itu disahkan pihak polis terlebih dahulu.
Beliau turut membangkitkan kemungkinan kejadian membakar gereja tersebut dilakukan samseng atau penagih dadah yang diupah pihak ketiga itu.
"Saya berasa pelik bagaimana kejadian sebegini boleh berlaku sedangkan kita telah mengamalkan toleransi beragama sejak merdeka lagi.
"Umat Islam memang kecewa dengan keputusan mahkamah berkaitan isu kalimah Allah sebelum ini. Namun, saya yakin umat Islam yang memegang kuat ajaran agama tidak akan melakukan perkara terkutuk seperti ini," tegasnya.




KUALA LUMPUR 8 Jan. - Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyifatkan tindakan menyerang dan cubaan membakar gereja di ibu negara awal pagi ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.
Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar menggesa agar isu itu ditangani secara profesional kerana yakin ia dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan.
"Tindakan itu menunjukkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam menyentuh perasaan masyarakat Islam. Ia membawa kepada perpecahan, kacau-bilau dan kekeliruan agama yang boleh mengancam keselamatan awam.
"Walaupun masyarakat prihatin dan cuba sedaya upaya mengawal keadaan, namun tidak mungkin perasaan memuncak daripada kemarahan segelintir mereka dapat dikawal sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Awal pagi ini, Gereja Metro Tarbenacle di Taman Melawati terbakar, manakala Gereja Assumption di Petaling Jaya dan Gereja Chapel, Damansara dibaling bom petrol namun ia tidak meletup.
Dalam hal ini, Zainul Rijal meminta masyarakat Islam supaya bertenang dan tidak bertindak mengikut perasaan.
"Jika tidak ia akan mengganggu usaha kerajaan dan pihak berkaitan dalam menangani isu ini dengan sebaik mungkin," katanya.


2 ulasan:

  1. Bust lagi wahai PERKASA.....yg menjadi pelakon utama DLM kes bakar gereja.

    BalasPadam
  2. APA nak buat cerita panjang-panjang.mengaku sahajalah,tak perlu berdalih lagi.,

    BalasPadam