JAWATAN KOSONG PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)
-
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai
autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (...
FOLLOW ME.......... T.Q
Ahad, 3 Januari 2010
BURJ DUBAI DI BUKA HARI INI 160 TINGKAT 818 METER.
Bangunan tertinggi di dunia Burj Dubai di Dubai dijangka dirasmikan hari ini
KAHERAH 3 Jan. - Biarpun diselubungi krisis ekonomi dan hutang, menara tertinggi di dunia, Burj Dubai yang juga monumen terhebat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan dibuka kepada orang ramai, esok.
Dibina dengan ketinggian 160 tingkat bersebelahan pantai Teluk Parsi, Burj Dubai mengatasi ketinggian menara Taipei yang setinggi 101 tingkat pada 508 meter, menjadikannya menara tertinggi di dunia dengan ketinggian 818 meter.
Menara itu turut mempunyai 1,000 kediaman, 160 bilik hotel mewah dan 37 tingkat bilik pejabat korporat.
Ia direka oleh Adrian Smith, seorang arkitek dari Chicago, Amerika Syarikat (AS).
Pembaziran terbaru oleh negara Teluk itu, memecahkan semua rekod sebelum ini dan ia mungkin merupakan penamat kepada satu era yang dimulakan pada 1994, apabila pembinaan kompleks hotel Burj Al Arab dimulakan.
Pada tahun 2000 semasa pembukaan hotel tersebut, Dubai mencatat rekod baru apabila memiliki hotel kedua terbesar di dunia.
Kehidupan sosial dan mewah di bandar itu melampaui had ketika pertumbuhan ekonomi 'bersatu' dengan keseronokan peribadi dan nilai tradisi Islam yang semakin merosot, sebahagiannya akibat pengaruh penduduk asing yang tinggal di Dubai.
Bagaimanapun, apabila krisis kewangan global mula melanda, kebanyakan rakyat asing pulang ke negara mereka. Bangunan-bangunan bertukar menjadi 'rumah hantu', menjadikan keseluruhan kawasan kejiranan yang dulunya dianggap simbol kemegahan berubah kepada lambang ketamakan.
Pada 25 November lalu, keadaan sampai ke kemuncaknya apabila konglomerat Dubai World mengumumkan ia perlu membekukan pembayaran balik hutangnya berjumlah AS$59 bilion (RM206.5 bilion).
Big brother: In a city filled with high-rise buildings, the Burj Dubai dwarfs all around it.
way down: The spectacular view from the top may be a little unsettling for some stomachs.
Roof with a view: A firework cylinder can be seen in the foreground in advance of tomorrow's celebrations, while the 818metre high structure affords an incredible panorama.
Giant: Burj Dubai is comfortably the world's tallest building.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan