FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Ahad, 29 November 2009

AWAS!!!!! ANDA MUNGKIM JADI MANGSA SPY CAM SETERUSNYA WALAUPUN IANYA TIDAK DIUNDANG...DIA AKAN MELIHAT DENGAN CARA TERSENBUNYI...


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kamera di bilik mandi. sekarang lebih canggih lagi.....
mungkin kita rasa mustahil perkara ini boleh berlaku, tapi ini adalah hakikat sebenar bila berlaku penyalahgunaan teknologi/peralatan.
awas...! kalau anda adalah perempuan yang gemar memakai skirt bila berada di luar. berkemungkinan foto anda akan diambil tanpa disedari. tentu memalukan, bila foto itu tersebar meluas nanti.
isu ini bukan perkara asing lagi kerana ia telah lama berlaku di jepun.
kini........
perkara yang sama, telah merebak ke m'sia tanpa kita sedari. jadi beringatlah........
jika ada orang yang tak dikenali berada berdekatan. kerana gian, foto seluar dalam perempuan yang memakai skirt diambil sebagai koleksi untuk melepaskan nafsu.
selepas ini apa pula yang akan berlaku?
siapa pula yang bakal menjadi mangsa?

KUALA LUMPUR: Amaran buat golongan lelaki miang yang gemar mengintip wanita bogel menggunakan kamera tersembunyi berikutan kini muncul pelbagai alat pengesan canggih yang mampu mengenal pasti lokasi kamera halus itu diletakkan.
Alat pengesan frekuensi kamera pengintip itu mampu dijadikan penyelamat bagi melindungi maruah mangsa daripada dicabul angkara hobi gila segelintir lelaki yang gemar merakam aksi bogel wanita di tempat awam seperti di tandas atau di bilik persalinan pusat beli-belah.
Sehingga kini, kamera pengintip bersaiz sebesar biji kacang itu dikesan disalah gunakan individu tertentu untuk mengintip pergerakan mangsa tanpa disedari sebelum ia dipindahkan dan disalin dalam komputer.
Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, kewujudan kamera terbabit disifatkan satu ancaman berikutan ia kerap diletakkan secara sulit dalam tandas, bilik persalinan pakaian, kamar mesyuarat atau pejabat untuk merakam perbuatan `panas' tanpa disedari mangsa.
Malah, peralatan kamera pengintip ini turut digunakan merakam aksi hubungan seks pasangan dalam bilik hotel seperti pernah berlaku sebelum ini.
“Perbuatan memasang kamera pengintip ini jelas menceroboh hak peribadi mangsa terutama apabila tujuan rakaman itu lebih ke arah mendapatkan gambar bogel mangsa.
“Apa yang berlaku, kebanyakan mangsa sebelum ini hanya menyedari diintip selepas menemui wayar pelik dalam tandas atau bilik tidur yang menyambungkannya ke lensa kamera halus itu,” katanya.
Beliau berkata, kamera pengintip yang bertujuan menjaga keselamatan premis dan rumah boleh dibeli dengan harga semurah RM100 hingga RM500 bergantung pada kualiti gambar dirakam.
“Sehubungan itu, kebanyakan wanita dinasihati membeli atau memiliki alat pengesan kamera pengintip yang mampu dibeli di pasaran tempatan untuk mengelakkan insiden buruk itu berlaku.
“Alat pengesan pelbagai model dan saiz itu boleh diperoleh dengan harga semurah RM50 hingga RM300 bergantung pada model dan dan saiz. Alat pengesan kamera tersembunyi ini akan bertindak balas dengan mengeluarkan bunyi dan bergetar sebaik menghampiri lokasi sulit yang diletakkan kamera litar tersembunyi,” katanya.
Difahamkan, alat pengesan gelombang frekuensi berkenaan boleh mengesan kamera tersembunyi itu mencapai jarak sejauh hampir tiga meter.
Menurutnya, satu akta baru perlu digubal bagi melindungi mangsa yang diintip melalui kamera tersembunyi berikutan denda hukuman yang ada kini terlalu kecil dan tidak memadai dengan kesalahan dilakukan.
“Saya difahamkan, kesalahan mengendap atau mengintip mangsa hanya boleh disabitkan mengikut Akta kesalahan Kecil 1955 yang hanya memperuntukkan denda maksimum RM100,” katanya.

DI BAWAH INI GAMBAR-GAMBAR SPY CAM BERBAGAI JENIS DAN BENTUK.















KOMEN DARI RAKAN-RAKAN
Assalamu'alaikum semua.
Umi tak pasti samada perkara ni dah tersebar luas atau tidak. Baru tadi umi dapat info berkenaan perkara ni. Umi difahamkan ada orang yang menyalahgunakan camera untuk tujuan maksiat. Mereka memasang camera kecil tu kat tandas-tandas, khasnya tandas-tandas wanita. Perkara ni didedahkan dalam satu website, dan umi terkejut mmg gambar-gambar wanita ketika di dalam bilik air diambil secara sembunyi-sembunyi. Yang paling umi sedih sbb nya dalam banyak-banyak gambar tu ada gambar seorang muslimah yang ingin membuka seluar dalamnya, dan muslimah tu plak bertudung labuh. Itu baru gambar yang ditunjukkan di laman web. Gambar yg sebenarnya .... paham-paham je lah
So, umi nasihatkan diri umi & muslimah-muslimah semua moga berhati-hati. Perkara ni cukup bahaya bagi kaum wanita, terutamanya.
Moga Allah melindungi kita.
....................................................................................
Aku selau pesan kat isteri aku bila nak gunakan toilet selain toilet kat rumah, perati kat atas (siling), penjuru, bawah pam tandas (kalau jenis sitting), cari lubang-lubang yang mencurigakan, sumbat ngan tissue paper sebelum tunaikan hajat kat toilet sebegitu. Kalau nampak ada benda kecik berkilau (itu lense) dalam lubang, sah ada kamera.
Tapi pinhole camera lagi bahaya sebab lense dia cuma sebesar mata pen saja.
.....................................................................................

assalamualaikum
satu masa dulu... saya sering menerima kiriman email yang menunjukkan
gambar2 yang diambil di tempat2 persalinan.. di pasaraya2 besar
contohnya jika kita nak beli baju dalam atau baju luar..
mereka dah sediakan kamera di bilek salinan tu.. ada sekali tu...
saya lihat lebih dari 5 keping gambar seorang gadis yg sedang bertukar baju dalam..
bayangkanlah... kalau gambar kita sedang bersalin pakaian dilihat orang..
sejak tu... saya pesan pada adik beradik dan anak2 perempuan saya..
berhati2lah ... kalau boleh, tak perlulah mencuba baju2 di tempat macam tu..
begitu juga di tandas2...
ada sekali tu.. saya dapat gambar yg betul2 fokus kat 'situ'...
tak senonoh betull.. orang tengah lepaskan hajat pun.. nak ambil gambar.
entahlah.. tak tau apa nak jadi.......
....................................................................................
assalamualaikum
Satu lagi di tempat khidmat urut tradisional atau mandi lulur..
saya pernah menerima email yang jelas dan terang...
muka yang kena urut dan yang mengurut...
hmmmm nampaknya tak ada tempat yang selamat sekarang ni..
oleh itu.. berhati-hatilah...
bekenaan dgn kamera tersorok ni... 2 bulan lepas (kalau tak silap saya) saya ada menonton cara utk mengetahui camera tersembunyi dalam rancangan MHI (kat TV3).. salah satu caranya ialah dgn menggunakan telefon radio (cthnya jenis nokia kan ada radio telefon).. 1st skali kena setkan frekuensi radio tersebut kepada FM 64 mhz... kalau tak der kamera di sekeliling kita, kita boleh dengar (dari radio tu lah) bunyi bzzzzz.....korang tahulahkan camna bunyi kalau tak der siaran.. tapi bila ada jer kamera kat situ, maka radio tsbt akan senyap (tak bunyi langsung)...

sekian

4 ulasan:

  1. assalamualikum pak..

    Ya Allah..zaman semakin canggih,,tapi manusia juga jadi lebih tak bermoral di buatnya...jahat banget.

    makasih ya pak infonya..jadi harus extra hati-hati lagi ni..

    BalasPadam
  2. salam...makin menjadi2 teknologi sekarang ni kan...memanglah teknologi makin ke depan, tapi mereka yg kononnya hebat membuatkan teknologi ni macam apa2 aje..
    terima kasih maklumat yang diberikan =)
    menjadikan kita ni semakin berhati2...

    BalasPadam
  3. pls pm sy utk cri spy camera ni..urgenty

    BalasPadam