FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Khamis, 26 November 2009

IBADAH HAJI BERMULA ..MEKAH /MADINAH AKAN BERUBAH WAJAH PADA TAHUN 2010 .GAMBAR BANJIR DI MEKAH 1941....




GAMBAR DI RAKAM DI DALAM KAABAH

MEKAH 25 Nov. - Ibadah haji yang merupakan perhimpunan keagamaan terbesar di dunia bermula hari ini dengan dibayangi wabak pandemik selesema babi ketika tiga juta umat Islam berkumpul beramai-ramai di kota suci ini.
Hujan lebat luar biasa yang melanda Mekah hari ini juga tidak menjejaskan semangat umat Islam yang mahu menyempurnakan ibadah haji.
Bagaimanapun, pegawai Arab Saudi berkata, mereka telah bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Kebanjiran jemaah haji dari seluruh pelosok dunia berpakaian serba putih mengelilingi Kaabah yang terletak di dalam Masjidil Haram ketika solat subuh hari ini.
Pihak berkuasa Arab Saudi telah menempatkan seramai 20,000 pekerja kesihatan bagi membendung penyebaran penyakit ini sempena musim haji tahun ini.
Empat orang jemaah haji telah disahkan mati oleh penyakit itu minggu lalu.
Bagaimanapun, mereka yang disahkan dan disyaki dijangkiti virus ini daripada kalangan jemaah hanya 67 orang, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Doktor Khaled Marghlani kepada AFP.
"Semuanya berjalan dengan lancar, syukur kepada Tuhan," kata Khaled.
Wabak selesema babi telah membunuh 6,750 orang di seluruh dunia tahun ini, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat lalu.
Khaled berkata, ancaman hujan lebat di Mekah mungkin akan meningkatkan risiko kesihatan kepada para jemaah, tetapi pihaknya telah membuat perancangan untuk berhadapan dengan kemungkinan ini.


















GAMBAR BANJIR DI MEKAH DAN GAMBAR-GAMBAR SEJARAH LAMA DI MEKAH DAN MADINAH


























PERUBAHAN AKAN BELAKU DI MADINAH PADA TAHUN 2010















Tiada ulasan:

Catat Ulasan