FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Isnin, 27 April 2009

Perkelahan keluarga V 22

Satu majlis perkelahan rakan-rakan RA Perak akan diadakan di Pusat Rekreasi Taman Rimba, Ulu Kenas, Kuala Kangsar pada 2 Mei 2009 ini.Mulai jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

Majlis tersebut bertujuan untuk mendekati serta mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan rakan-rakan RA yang memancar di V22 dan rakan-rakan RA seluruh negeri Perak amnya.

Kepada rakan-rakan yang ingin turut serta dan beramah mesra dengan rakan-rakan sehobi itu bolehlah memaklumkan di V22 sebelum tarikh tersebut.

Kita hanya berkenalan di udara tetapi tidak pernah melihat wajah atau ber QSO di daratan - dengan itu - kami mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis berkenaan.

Rakan-rakan yang ingin menyertai bersama ke majlis ini sangat-sangat di alukan dan persediaan yang diperlukan hanya membawa makanan serta minuman masing-masing ke lokasi tersebut dan tanpa bayaran dikenakan.

Setakat ini sejumlah 13 stesen sudah pun mengesahkan untuk hadir.

(untuk memeriahkan lagi susana perkelahan para peserta diminta membawa bersama XYL dan harmoni pada hari berkeaan - pelbagai acara sedang disusun).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan