Dah lebih sepuluh bulan teman dah memiliki lesen memancar radio melalui frekunsi dan amateur satellite dengan kuasa rendah.Nak dapat lesen bukanya mudah kena pereksa dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.Tak banyak saolan cuma 100 sahaja.Tapi teman ambil sekali dah lulus sebab rezeki nak lulus diizinkan tuhan yang maha besar.Bila nak pereksa biasalah,.. kena hadir kelas yang di usahakan oleh rakan-rakan yang dah lulus dan hadir kelas yang dianjurkan kesatuan .
Main radio ini hobi,Walaupun hobi....ia banyak dah bantu teman dalam kesusahan semasa balik kampung apabila kenderaan rosak.Dan mungkim rakan-rakan yang lain banyak pengelaman yang berbeza.Apa pun radio adalah satu-satunya alat perhubungan yang boleh membantu bila berada dalam keadaan kecemasan.Kalau kita nak bandingkan Negara kita dengan Negara Indonesia dan Negara maju yang lain kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi penggunaan radio sebagai satu alat yang amat penting.Sebagai contoh yang belaku di Negara kita baru-baru ini tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur,boleh dikatakan perhubungan radio adalah amat penting digunakan waktu itu dan ramai rakan-rakan radio yang terlibat operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Dalam keghairahan main radio banyak juga perkara yang kita kena fikirkan termasuklah menjaga hati rakan-rakan yang sepermainan.Bagi teman sejak main radio ni...berbagai-bagai perkara yang menghantui fikiran teman.Kadang -kadang hendak juga...pencin awal tapi tak boleh ...hati teman ni...masih sayangkan radio dan rakan-rakan kenalan melaui radio tambahan pulak rakan di V22.
Tu...lah rakan ..bila ramai kawan berbagai bagai ragam yang menyeronokan dan menyedihkan.Ada yang yang ambil kesempatan bila dah berkawan..Teman tak masaalah itu semua teman tetap teman .Yang masaalah teman ni...ialah bila memancar radio...Tv nya hilang gambar dan suara teman keluar melalui tv nya.
Teman dah banyak keluar modal membeli berbagai benda termasuk kabel anntena home beli yang sepatut tak belaku lagi menganggu tv jiran .Tujuh kali teman ambil tindakan ubah tempat anntena base jaraknya kurang lebih 200 meter dari rumah .Membeli 200ratus meter kebal RG 58 untuk tujuan nak letakan anntena base diatas tangki air di hadapan rumah seperti dalam gambar hak milik Jabatan bekalan air perak.Teman dah naik dah tangki itu ..dah cari windownya...memang cantik tapi...ianya hendaklah memohon kebenaran dari pihak berkuasa JBA perak.
Usaha terakhir teman terpaksa beli kebal Belden CDT 2744 plus 2 Ericsson 126500 dan masukan dalam polypaip dan belah jalan tar seluas 3 inci melintasi jalan rumah teman satu kerja yang merumitkan.
Perancangan teman berjaya ...akhirnya...tapi....rupanya adalagi gangguan yang sama .Bila di teliti anntena tv jiran teman tu...ianya menghala ke anntena radio teman.Yang hairan nya teman dah letak jauh dan tak sepatutnya da gangguan kerana tv teman dan jiran lain lagi hampir dengan anntena base yang baru diubah.
Hingga hari ini teman terpaksa memancar radio bermula waktu orang tidur jam 12 mlm hingga subuh.Nasib baiklah ada rakan rakan yang belum tidur boleh lah melepaskan gian.....heh..heh.
Kadang-kadang teman memancar awal...lepaskan gian ..waktu siang..Pelik tapi benar TV teman dan jiran yang lain lebih dekat dengan anntena base teman tak ada gangguan yang bekas komandor ni kena...ganggu.Lebih menyeronokan lagi dia suruh anak nya pasang alat pengesan pancar berbentuk bunyi alam kereta bila teman memancar alam berbunyi di rumahnya.
Biar lah dia dengan PHDnya teman tetap bersabor.......kalau nak masuk syuga kena sabor...jangan naya orang...heh...heh.
PERMANDANGAN ANNTENA BASE DAN TANGKI AIR DI DEPAN BASE TEMAN
TEMPAT OPERASI PEMANCARAN RADIO
-
meh pacak depan umah saya lah.. ok kot no...
BalasPadambang haji.. kalau ada duit lebih.. mike sponsor satu tv baru pada beliau..siap dengan antena tv yg moden sedikit...
BalasPadammeh pacak kat depan uma teman..
BalasPadamhehehpasti clear punyaa..
adehhh tinggi jejak awan weiii :p
BalasPadam