JAWATAN KOSONG PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)
-
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai
autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (...
FOLLOW ME.......... T.Q
Isnin, 27 Julai 2009
PANTUN PERANTAUAN
ADA KAIN BUANGKAN BAJU,
KERANA BAJU PANJANG LIMA;
ADA LAIN BUANGKAN AKU,
KERANA AKU DAGANG HINA.
AIR INI AIR MINUMAN,
AIR LETAK DALAM GELAS;
SURAT INI SURAT KIRIMAN,
HARAP JUGA ABANG BALAS.
AIR KERUH TELAGA KERUH,
AIR DIKENDI MEMBASUH KAKI;
TUAN JAUH SAYA PUN JAUH,
SAMA KITA MENAHAN HATI.
AKAN KUPASANG BUKANNYA TONGKANG,
AKAN KUPAIS BUKANNYA LOBAK;
AKAN TERBANG BUKANNYA BURUNG,
AKAN MENANGIS BUKANNYA BUDAK.
ALUK INI ALUK BELIAN,
ALUK BUATAN RAJA MAJAPAHIT;
PILU HATI MELIHAT PANGKALAN,
KALAU BEKAS TURUN NAIK.
ANAK CINA TURUN KE PEKAN,
MINUM ARAK SAMBIL BERDIRI;
JANGAN DIHINA ORANG BERDAGANG;
AMBO MARI NAK KIRIM DIRI.
ANAK CINA BERBAJU SATIN ,
SUDAH SATIN JARANG PULA;
HINA SAYA KERANA MISKIM,
SUDAH MISKIM DAGANG PULA.
ANAK CINA DARI SEBERANG,
RAMA-RAMA DIPOHON TURI;
SAYA DATANG KE KAMPUNG ORANG,
MANALAH SAMA KAMPUNG SENDIRI.
ANAK ENGGANG DI KAYU TINGGI,
BANYAK DAUN MERENTANG-RENTANG;
ANAK DAGANG TAK LAMA DISINI,
SAMPAI MUSIM DIA PULANG.
ANAK KODOK DI ATAS BATU,
ANAK BUBUT PATAH KAKI;
BERDAGANG HIDUP SEMENTARA WAKTU,
BERCERAI MAUT BERPISAH ABADI.
ANAK RAJA MENIKAM PARI,
KULIT GUTUNG DIHUJUNG GALAH;
BUKAN SENGAJA LEPAS KEMARI,
UNTUNG TAKDIR DIBERI ALLAH.
ANAK RAJA TURUN MENEMBAK,
BUNYI BERDENTUM PATAH PEDATI;
TENGGELAM TIMBUL DILAMBUNG OMBAK;
KALAU TAK KARAM BALIK KE TEPI.
BURUNG BELATUK KEPALANYA MERAH,
TERBANG KE HULU MENYONGSONG ANGIN;
TABIK LAH DATUK JANGAN NAK MARAH,
ANAK DAGANG TUMPANG BERMAIN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam sobat,,mantap pantunnya,,saya suka yang ,,,anak raja menikam pari kulitgutung dihujung galah bukan sengaja lepas kemari,untung takdir ALLAH.
BalasPadam