

Kenangan itu antaranya, dapat bersua di daratan 9W2APH dan Swl Zaki dari Sekinchan, Selangor - yang selama ini hanya berQSO di udara.

Sementara rakan-rakan yang lain 9W2IPT hilang cermin mata dan 9W2COR tercicir pula antena handy nya dalam kejadian yang sama.
Bagaimana pun kehilangan jam tangan kesayangan saya itu bukanlah menjadi halangan untuk saya terus memimpin rakan-rakan untuk meneruskan Ops tengas di masa hadapan.
Cuma faktor cuaca pada hari berkenaan tidak membolehkan rakan-rakan mendapat hasil yang banyak kerana hujan lebat.
Insyaallah kita akan bertemu semula pada Ops Tengas 5 tidak berapa lama lagi dan kepada rakan-rakan HAM yang berhasrat ingin menyertai Ops ini bolehlah berhubungan dengan saya atau dengan 9W2IPT.
Sementara satu lagi aktiviti kumpulan ini iaitu " Menawan Gunung Bubu" sedang diatur untuk mencari masa yang lebih sesuai kerana aktiviti ini melibatkan bermalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan