FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Ahad, 29 Mac 2009

PARTS Sambut Rombongan RA Kelantan


Sekumpulan anggota rakan-rakan RA negeri Kelantan telah sempat beramah mesra dan kontek perdana bersama ahli-ahli Persatuan Penyiar Radio Amatur Negeri Perak (PARTS) di Wakaf Parts, Jalan Slibin, Ipoh hari ini.

Rombongan itu singgah di lokasi berkenaan dalam perjalanan pulang setelah menghadiri mesyuarat agung ASTRA di utara Perak.

Kehadiran mereka telah disambut oleh ahli-ahli Parts manakala 9W2KLA & 9W2YZU menyambut anggota wanita rombogan tersebut , mereka juga telah dijamu makan tengah hari bersama rakan-rakan RA Perak sempena dengan mesyuarat agung ke 3 Parts.


Rabu, 18 Mac 2009

Kenangan tak mudah dilupakan ...

Operasi (OPS) Tengas 4 benar-benar meninggalkan kenangan manis buat diri saya dan rakan-rakan yang mengambil bahagian.

Kenangan itu antaranya, dapat bersua di daratan 9W2APH dan Swl Zaki dari Sekinchan, Selangor - yang selama ini hanya berQSO di udara.
Selain dari itu kehilangan sebuah jam tangan yang saya gunapakai sejak bertahun-tahun telah tercicir dalam Ops kali ini.... iya jodoh tak panjanglah nampaknya.

9W2IPT sedang merasakan kedinginan air lata dalam ops 4

Sementara rakan-rakan yang lain 9W2IPT hilang cermin mata dan 9W2COR tercicir pula antena handy nya dalam kejadian yang sama.

Bagaimana pun kehilangan jam tangan kesayangan saya itu bukanlah menjadi halangan untuk saya terus memimpin rakan-rakan untuk meneruskan Ops tengas di masa hadapan.

Cuma faktor cuaca pada hari berkenaan tidak membolehkan rakan-rakan mendapat hasil yang banyak kerana hujan lebat.

Insyaallah kita akan bertemu semula pada Ops Tengas 5 tidak berapa lama lagi dan kepada rakan-rakan HAM yang berhasrat ingin menyertai Ops ini bolehlah berhubungan dengan saya atau dengan 9W2IPT.

Sementara satu lagi aktiviti kumpulan ini iaitu " Menawan Gunung Bubu" sedang diatur untuk mencari masa yang lebih sesuai kerana aktiviti ini melibatkan bermalam.

Isnin, 9 Mac 2009

Ops Tengas 4 bersama Rakan Radio

Pada 7hb mac yang lalu semua rakan-rakan yang berhasrat ingin bersama-sama menjayakan Ops tengas 4 anjuran Gabungan Radio Amatur (GRA) Parit dan Kuala Kangsar,Perak telah berkumpul di base 9W2 DJJ sebagaimana yang dijadual sebelum ini.
Kira-kira jam 8 pagi, 9W2 DJJ menghebahkan melalui V22 bahawa persediaan sudah siap untuk menyambut rakan-rakan dan selepas itu 9W2 MPB memaklumkan sedang mencari bahan tambahan kelengkapan yang kemudiannya 9W2APH (Sekinchan,Selangor) melaporkan sudah berada di Pekan Tg.Belanja (Parit,Perak) sedang bersarapan bersama Swl ZAKI.

Kemudiannya saya melaporkan akan bergerak dari base 10 minit kemudian.



Dengan 2 jelopi saya (seorang) 9W2APH berdua bergerak meninggalkan Tg.Belanja menuju ke base stesen 9W2 DJJ dan mengambil masa perjalanan kira 30 minit.

Ketibaan kami disambut oleh (selain 9W2DJJ)9W2 PHJ (ketua Ops),9W2KMR,9W2MPB,9W2COR dan 9W2 HBC (dari Ipoh) sudah sampai ke base tersebut jam 8 pagi.


Dengan itu jumlah penyertaan Ops Tengas 4 adalah 9 stesen sahaja (mereka yang lain 6 stesen lagi tidak dapat hadir kerana ada tugasan yang lebih penting.

Setelah bersalam kenal antara satu sama lain 9W2 DJJ menjamu juadah sarapan pagi kepada semua yang hadir sambil-sambil melanjutkan QSO di daratan.



Sebelum berangkat ke lokasi Ops tengas 4 itu, rakan-rakan membuat pemeriksaan akhir kuda besi yang akan digunakan menjelajah ke lokasi - rakan RA Kuala Kangsar telah menyediakan beberapa buah kuda besi untuk tujuan tersebut.

Taklimah pagi telah disampaikan oleh 9W2 PHJ selaku ketua Ops dan diikuti bacaan doa selamat sebelum rombongan berkenaan meninggalkan base pertemuan itu.


BERSAMBUNG