FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Isnin, 1 Jun 2009

SEKOLAH TENGKU BAINUN IPOH BERAKIT KEHILIR SUNGAI PERAK


Hari pertama buat rakit peserta kursus.


Isi angin dalam tiup tayar oleh Abang man yang montel..



Tayar yang di isi angin dihimpunkan dikawasan lapang .....untuk diikat pada buluh rakit...


Jaga abang Man jangan tersilap isi nanti lain yang naik....heh..heh...

Sabtu, 30 Mei 2009

MUDEK KE HULU SUNGAI PERAK



VICTORIA BRIDGE



SULTAN ABDUL JALIL BRIDGE



HARMONIK AKSI DI DEPAN BOT



MASIH LAGI SUSULI SUNGAI PERAK



Mula mudek keHulu Sungai Perak sambil melihat permandangan indah sepanjang sungai.



Air Sungai Perak hari ini warnanya seperti teh ais heh..heh...Bot telah pun selamat di turunkan .

Jumaat, 29 Mei 2009

BOT IDAMAN KALBU


Injin yang akan digunakan untuk jelajah sepanjang Sungai Perak heh.....heh....



Jelopi junjung bot.

MAKAN TENGAHARI DI HOTEL SYUEN IPOH


Rehat selepas makan





Pengarah pertanian Perak dan timbalan pengarah turun bersama makan tengahari sempena kejayaan Pasukan Perahu Perak Jabatan Pertanian Negeri Meraih Tempat Kedua Pertandingan Perahu Perak Sukan Air Hari Keputraan DYMM Sultan Perak.

Sabtu, 23 Mei 2009

KOMANDER KESATRIA UITM MALAYSIA BERAKIT



Rakit yang dinaiki harmonik bersama rakan yang mewakili UITM Kedah buat persiapan terakhir sebelum berangkat.


Kelihatan Jambatan Sultan Abdul Jalil di Ulu Sungai Perak.






Semua peserta sedang siap sedia untuk belepas.



















JAM BESAR KUALA KANGSAR BERMANDI CAHAYA






Isnin, 18 Mei 2009

Slide Perkelahan Keluarga V22



Selamat menatap foto perkelahan keluarga V22 pada 2 Mei 2009 di Ulu Kenas, Perak

Ahad, 3 Mei 2009

Perkelahan keluarga V22: Semakin dekat - Semakin erat

(Sebahagian daripada peserta yang sempat bergambar diakhir majlis tersebut)

Gabungan Rakan Radio Amatur&Reakreasi Perak Tengah (GRAPET) telah berjaya menemukan dua pihak pada majlis perkelahan keluarga V22 di Taman Lipur, Ulu Kenas, Kuala Kangsar pada 2hb Mei 2009 lalu.

Program perkelahan itu adalah julongkalinya diadakan untuk menemukan rakan-rakan RA serta keluarga masing-masing dengan temanya " Semakin dekat - Semakin erat".

Perkelahan itu telah menemuikan rakan-rakan RA yang tidak pernah bersua muka kecuali semasa ber QSO di udara sahaja.

(Dj Puteri Aida sedang menyediakan masakan mee hailam)

Sementara XYL dan harmoni mereka juga berkesempatan beramah mesra serta berkenalan dengan keluarga RA masing-masing disamping membawa bermacam-macam juadah dan makanan untuk dinikmati bersama.
( DJ OLIN menyelenggarakan acara permainan kanak-kanak di perkelahan itu)

Sebanyak 7 stesen bersama keluarga berkesempatan menghadiri perkelahan tersebut iaitu; 9W2 PHJ, 9W2IPT, 9W2DJJ, 9W2 KMR, 9W2 LES, 9W2 DKK dan 9W2 ULA.

Manakala RADIOKITA (stesen Radio Internet) menurunkan 3 Djnya untuk bersama-sama pada majlis itu ialah; DJ Puteri Aida, Dj Olin dan DJ Langkawi.

(Peserta permainan katogeri harmoni sedang beratur untuk mengambil bahagian )

7 acara permainan telah disusun yang melibatkan rakan-rakan RA, XYL dan juga harmoni menambahkan lagi kemeriahan serta kenangan indah yang tidak dapat dilupakan menjadikannya terpahat di hati masing-masing.
( 9W2 IPT menyampaikan hadiah kepada pemenang)

Diantara acara permainan yang berlangsung itu, Pertandingan Dat, Mencari harta karun, lelong barangan, pertandingan menyelam lama dan cabutan bertuah manakala hadiah-hadiah telah disampaikan oleh stesen-stesen yang hadir serta XYL masing-masing kepada peserta yang berjaya dalam permainan tersebut.

Para perserta perkelahan tersebut juga dapat menikmati dan merasai keenakan ikan tengas yang baru ditangkap oleh sekumpuluan 3 stesen 9W2 PHJ, 9W2 DJJ dan 9W2DKK di sekitar lata yang berhampir (Ikan tengas sudah senonim dengan GRAPET ) di lata yang berhampiran.

(9W2 DKK membakar Ikan Tengas yang dapat ditangkap pada hari tersebut)

Walaupun hujan telah turun pada tengah hari tersebut tidak menghalang kerancakan perkelahan itu yang berakhir pada jam 3 petang.


(Waktu makan .........)


(Sebahagian makanan yang disajikan diperkelahan tersebut)

Isnin, 27 April 2009

Perkelahan keluarga V 22

Satu majlis perkelahan rakan-rakan RA Perak akan diadakan di Pusat Rekreasi Taman Rimba, Ulu Kenas, Kuala Kangsar pada 2 Mei 2009 ini.Mulai jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

Majlis tersebut bertujuan untuk mendekati serta mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan rakan-rakan RA yang memancar di V22 dan rakan-rakan RA seluruh negeri Perak amnya.

Kepada rakan-rakan yang ingin turut serta dan beramah mesra dengan rakan-rakan sehobi itu bolehlah memaklumkan di V22 sebelum tarikh tersebut.

Kita hanya berkenalan di udara tetapi tidak pernah melihat wajah atau ber QSO di daratan - dengan itu - kami mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis berkenaan.

Rakan-rakan yang ingin menyertai bersama ke majlis ini sangat-sangat di alukan dan persediaan yang diperlukan hanya membawa makanan serta minuman masing-masing ke lokasi tersebut dan tanpa bayaran dikenakan.

Setakat ini sejumlah 13 stesen sudah pun mengesahkan untuk hadir.

(untuk memeriahkan lagi susana perkelahan para peserta diminta membawa bersama XYL dan harmoni pada hari berkeaan - pelbagai acara sedang disusun).

Selasa, 14 April 2009

HANYA TINGGAL KENANGAN ....

(Ayahanda saya bergambar bersama ikan temboleh sebarat 80 kg)

Hanya tinggal kenangan sahaja serta tercatat dalam buku hidupku, kerana masakini sudah tidak dapat lagi ketemui atau menemui Ikan Temboleh sebesar dan sebarat ini dalam hidup ku.

Untuk tetapan generasi masakini saya paparkan dua foto dalam kenangan ini. sekiranya anda mempunya sebarang pendapat atau komen? silakan ....

(Ini pula ikan spises yang sama seberat 56kg)

Ahad, 5 April 2009

Kawan-kawan apa ikan ini ? berat 36 KG.

Inilah saya masa umor 12 tahun ada ke wajah ini sama atau pun macam mana

Sabtu, 4 April 2009

Rekod QSO sampai 5.25 pagi

Rakan Radio Amatur Negeri Perak
(dari kiri hadapan 9W2SLJ-9W2SUF-9W2IPT-9W2ZCB-berdiri dari kiri 9W2SIX-9W2SDM-9W2KKX-9W2DRH dan 9W2PGN)



Saya dan rakan-rakan radio amatur telah membuat satu rekod baru dalam berqso sehingga hampir jam 05.25 pagi.

Menjadi kebiasaanlah, saya bersama rakan-rakan berqso selewat-lewatnya jam 2 atau 3 pagi, mungkin topik yang diperbincangkan kali ini begitu menarik sehingga saya alpa waktu sudah masuk subuh.

Sepanjang pengetahuan saya, kamilah menempa rekod paling lama berqso jika dibandingkan dengan simplek lain-lain yang terdapat di beberapa lokaliti lain.

Saya dan rakan-rakan mengguna simplek V22 (145.275) sebagai pusat pertemuan disamping itu mendapat ramai rakan-rakan baru yang turut serta di simplek ini untuk itu saya sentiasa bersama di frekuensi ini jika tidak qrl dengan tugusan.