JAWATAN KOSONG PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA (MYIPO)
-
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai
autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (...
FOLLOW ME.......... T.Q
Jumaat, 31 Julai 2009
TANAMAN CILI CARA MINI FERTIGASI
BENIH CILI DI RENDAM SELAMA SATU JAM.
PILIH BENIH YANG BERKUALITI SAHAJA UNTUK DISEMAI
RENDAM TRAY BEKAS SEMAI DI DALAM AIR TAKUNGAN
BENIH DI DI SEMAI SATU BIJI KE DALAM BEKAS SEMAIAN.
Pada musim panas, kebanyakan orang perlu mengurangkan makan makanan yang berkalori tinggi, dan patut makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu tubuh badan melawan suhu udara yang tinggi.
Makan cili pada musim panas mungkin dianggap langkah yang tidak waras. Namun, cili yang mengandungi Vitamin C dan Capsaicin dapat menggalakkan pengeluaran peluh, membantu pelepasan toksinm, serta merendahkan suhu badan untuk mencegah strok akibat panas.
Isnin, 27 Julai 2009
PANTUN PERANTAUAN
ADA KAIN BUANGKAN BAJU,
KERANA BAJU PANJANG LIMA;
ADA LAIN BUANGKAN AKU,
KERANA AKU DAGANG HINA.
AIR INI AIR MINUMAN,
AIR LETAK DALAM GELAS;
SURAT INI SURAT KIRIMAN,
HARAP JUGA ABANG BALAS.
AIR KERUH TELAGA KERUH,
AIR DIKENDI MEMBASUH KAKI;
TUAN JAUH SAYA PUN JAUH,
SAMA KITA MENAHAN HATI.
AKAN KUPASANG BUKANNYA TONGKANG,
AKAN KUPAIS BUKANNYA LOBAK;
AKAN TERBANG BUKANNYA BURUNG,
AKAN MENANGIS BUKANNYA BUDAK.
ALUK INI ALUK BELIAN,
ALUK BUATAN RAJA MAJAPAHIT;
PILU HATI MELIHAT PANGKALAN,
KALAU BEKAS TURUN NAIK.
ANAK CINA TURUN KE PEKAN,
MINUM ARAK SAMBIL BERDIRI;
JANGAN DIHINA ORANG BERDAGANG;
AMBO MARI NAK KIRIM DIRI.
ANAK CINA BERBAJU SATIN ,
SUDAH SATIN JARANG PULA;
HINA SAYA KERANA MISKIM,
SUDAH MISKIM DAGANG PULA.
ANAK CINA DARI SEBERANG,
RAMA-RAMA DIPOHON TURI;
SAYA DATANG KE KAMPUNG ORANG,
MANALAH SAMA KAMPUNG SENDIRI.
ANAK ENGGANG DI KAYU TINGGI,
BANYAK DAUN MERENTANG-RENTANG;
ANAK DAGANG TAK LAMA DISINI,
SAMPAI MUSIM DIA PULANG.
ANAK KODOK DI ATAS BATU,
ANAK BUBUT PATAH KAKI;
BERDAGANG HIDUP SEMENTARA WAKTU,
BERCERAI MAUT BERPISAH ABADI.
ANAK RAJA MENIKAM PARI,
KULIT GUTUNG DIHUJUNG GALAH;
BUKAN SENGAJA LEPAS KEMARI,
UNTUNG TAKDIR DIBERI ALLAH.
ANAK RAJA TURUN MENEMBAK,
BUNYI BERDENTUM PATAH PEDATI;
TENGGELAM TIMBUL DILAMBUNG OMBAK;
KALAU TAK KARAM BALIK KE TEPI.
BURUNG BELATUK KEPALANYA MERAH,
TERBANG KE HULU MENYONGSONG ANGIN;
TABIK LAH DATUK JANGAN NAK MARAH,
ANAK DAGANG TUMPANG BERMAIN.
Jumaat, 24 Julai 2009
THE EXPLOSION DEATH
The "Baker" explosion, part of Operation Crossroads, a nuclear weapon test by the United States military at Bikini Atoll, Micronesia, on July 25, 1946. Its purpose was to test the effect of nuclear weapons on naval ships. It was the second US nuclear bomb set off since the bombing of Nagasaki.
Photo credit: United States Department of Defense
Recently featured: Radar image of Venus – Haile Selassie I of Ethiopia – Bergen, Norway
Ahad, 19 Julai 2009
PEMANCARAN RADIO MASIH LAGI MENGHANTUI FIKIRAN
Dah lebih sepuluh bulan teman dah memiliki lesen memancar radio melalui frekunsi dan amateur satellite dengan kuasa rendah.Nak dapat lesen bukanya mudah kena pereksa dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.Tak banyak saolan cuma 100 sahaja.Tapi teman ambil sekali dah lulus sebab rezeki nak lulus diizinkan tuhan yang maha besar.Bila nak pereksa biasalah,.. kena hadir kelas yang di usahakan oleh rakan-rakan yang dah lulus dan hadir kelas yang dianjurkan kesatuan .
Main radio ini hobi,Walaupun hobi....ia banyak dah bantu teman dalam kesusahan semasa balik kampung apabila kenderaan rosak.Dan mungkim rakan-rakan yang lain banyak pengelaman yang berbeza.Apa pun radio adalah satu-satunya alat perhubungan yang boleh membantu bila berada dalam keadaan kecemasan.Kalau kita nak bandingkan Negara kita dengan Negara Indonesia dan Negara maju yang lain kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi penggunaan radio sebagai satu alat yang amat penting.Sebagai contoh yang belaku di Negara kita baru-baru ini tanah runtuh di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur,boleh dikatakan perhubungan radio adalah amat penting digunakan waktu itu dan ramai rakan-rakan radio yang terlibat operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Dalam keghairahan main radio banyak juga perkara yang kita kena fikirkan termasuklah menjaga hati rakan-rakan yang sepermainan.Bagi teman sejak main radio ni...berbagai-bagai perkara yang menghantui fikiran teman.Kadang -kadang hendak juga...pencin awal tapi tak boleh ...hati teman ni...masih sayangkan radio dan rakan-rakan kenalan melaui radio tambahan pulak rakan di V22.
Tu...lah rakan ..bila ramai kawan berbagai bagai ragam yang menyeronokan dan menyedihkan.Ada yang yang ambil kesempatan bila dah berkawan..Teman tak masaalah itu semua teman tetap teman .Yang masaalah teman ni...ialah bila memancar radio...Tv nya hilang gambar dan suara teman keluar melalui tv nya.
Teman dah banyak keluar modal membeli berbagai benda termasuk kabel anntena home beli yang sepatut tak belaku lagi menganggu tv jiran .Tujuh kali teman ambil tindakan ubah tempat anntena base jaraknya kurang lebih 200 meter dari rumah .Membeli 200ratus meter kebal RG 58 untuk tujuan nak letakan anntena base diatas tangki air di hadapan rumah seperti dalam gambar hak milik Jabatan bekalan air perak.Teman dah naik dah tangki itu ..dah cari windownya...memang cantik tapi...ianya hendaklah memohon kebenaran dari pihak berkuasa JBA perak.
Usaha terakhir teman terpaksa beli kebal Belden CDT 2744 plus 2 Ericsson 126500 dan masukan dalam polypaip dan belah jalan tar seluas 3 inci melintasi jalan rumah teman satu kerja yang merumitkan.
Perancangan teman berjaya ...akhirnya...tapi....rupanya adalagi gangguan yang sama .Bila di teliti anntena tv jiran teman tu...ianya menghala ke anntena radio teman.Yang hairan nya teman dah letak jauh dan tak sepatutnya da gangguan kerana tv teman dan jiran lain lagi hampir dengan anntena base yang baru diubah.
Hingga hari ini teman terpaksa memancar radio bermula waktu orang tidur jam 12 mlm hingga subuh.Nasib baiklah ada rakan rakan yang belum tidur boleh lah melepaskan gian.....heh..heh.
Kadang-kadang teman memancar awal...lepaskan gian ..waktu siang..Pelik tapi benar TV teman dan jiran yang lain lebih dekat dengan anntena base teman tak ada gangguan yang bekas komandor ni kena...ganggu.Lebih menyeronokan lagi dia suruh anak nya pasang alat pengesan pancar berbentuk bunyi alam kereta bila teman memancar alam berbunyi di rumahnya.
Biar lah dia dengan PHDnya teman tetap bersabor.......kalau nak masuk syuga kena sabor...jangan naya orang...heh...heh.
PERMANDANGAN ANNTENA BASE DAN TANGKI AIR DI DEPAN BASE TEMAN
TEMPAT OPERASI PEMANCARAN RADIO

Sabtu, 18 Julai 2009
KUALA KANGSAR SIAP SEDIA TUNGGU ARAHAN TEMPUR ...
KEBANGAAN KUALE
PEJABAT MPKK KUALA KANGSAR
POKOK GETAH TERTUA TERLETAK BERSEBELAHAN DENGAN PEJABAT DAERAH KUALA KANGSAR ADALAH SATU-SATU POKOK YANG HIDUP DARIPADA SEMBILAN POKOK ASAL YANG DI TANAM.H N RIDLEY ADALAH ORANG YANG BERTANGGONG JAWAB MENJADIKAN KUALA KANGSAR SEBAGAI DAERAH INDUSTRI GETAH YANG PERTAMA DAN AKHIRNYA MENJADISUMBAR PENDAPATAN PENTING DI MALAYSIA.USIA POKOK INI 1877 HINGGA KE HARI INI 2009 KIRA LE..BERAPA USIANYA.
MENARA PAVILION YANG DULU NYA DIJADIKAN TEMPAT REHAT DYMM SULTAN IDRIS.TERLETAK DI DEPAN MALAY COLLGE KUALA KANGSAR.
SEKOLAH MEN.CLIFFORD KEDUDUKANYA BERDEPAN DENGAN MCKK DAN MENJADI MUSUH TRADISI APABILA SESUATU ACARA SUKAN DI PERTANDINGKAN.
MALAY COLLEGE SEKOLAH ASRAMA PENUH KEBANGGAAN NEGARA YANG MELAHIRKAN RAMAI GOLONGAN PELAJAR YANG BERJAYA.
Khamis, 16 Julai 2009
Rabu, 15 Julai 2009
Khamis, 9 Julai 2009
Isnin, 6 Julai 2009
SEHARI DI UITM SHAH ALAM BERSAMA HARMONIK
Langgan:
Catatan (Atom)