FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Isnin, 27 April 2009

Perkelahan keluarga V 22

Satu majlis perkelahan rakan-rakan RA Perak akan diadakan di Pusat Rekreasi Taman Rimba, Ulu Kenas, Kuala Kangsar pada 2 Mei 2009 ini.Mulai jam 9.30 pagi hingga 3 petang.

Majlis tersebut bertujuan untuk mendekati serta mengeratkan lagi silatulrahim di kalangan rakan-rakan RA yang memancar di V22 dan rakan-rakan RA seluruh negeri Perak amnya.

Kepada rakan-rakan yang ingin turut serta dan beramah mesra dengan rakan-rakan sehobi itu bolehlah memaklumkan di V22 sebelum tarikh tersebut.

Kita hanya berkenalan di udara tetapi tidak pernah melihat wajah atau ber QSO di daratan - dengan itu - kami mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis berkenaan.

Rakan-rakan yang ingin menyertai bersama ke majlis ini sangat-sangat di alukan dan persediaan yang diperlukan hanya membawa makanan serta minuman masing-masing ke lokasi tersebut dan tanpa bayaran dikenakan.

Setakat ini sejumlah 13 stesen sudah pun mengesahkan untuk hadir.

(untuk memeriahkan lagi susana perkelahan para peserta diminta membawa bersama XYL dan harmoni pada hari berkeaan - pelbagai acara sedang disusun).

Selasa, 14 April 2009

HANYA TINGGAL KENANGAN ....

(Ayahanda saya bergambar bersama ikan temboleh sebarat 80 kg)

Hanya tinggal kenangan sahaja serta tercatat dalam buku hidupku, kerana masakini sudah tidak dapat lagi ketemui atau menemui Ikan Temboleh sebesar dan sebarat ini dalam hidup ku.

Untuk tetapan generasi masakini saya paparkan dua foto dalam kenangan ini. sekiranya anda mempunya sebarang pendapat atau komen? silakan ....

(Ini pula ikan spises yang sama seberat 56kg)

Ahad, 5 April 2009

Kawan-kawan apa ikan ini ? berat 36 KG.

Inilah saya masa umor 12 tahun ada ke wajah ini sama atau pun macam mana

Sabtu, 4 April 2009

Rekod QSO sampai 5.25 pagi

Rakan Radio Amatur Negeri Perak
(dari kiri hadapan 9W2SLJ-9W2SUF-9W2IPT-9W2ZCB-berdiri dari kiri 9W2SIX-9W2SDM-9W2KKX-9W2DRH dan 9W2PGN)



Saya dan rakan-rakan radio amatur telah membuat satu rekod baru dalam berqso sehingga hampir jam 05.25 pagi.

Menjadi kebiasaanlah, saya bersama rakan-rakan berqso selewat-lewatnya jam 2 atau 3 pagi, mungkin topik yang diperbincangkan kali ini begitu menarik sehingga saya alpa waktu sudah masuk subuh.

Sepanjang pengetahuan saya, kamilah menempa rekod paling lama berqso jika dibandingkan dengan simplek lain-lain yang terdapat di beberapa lokaliti lain.

Saya dan rakan-rakan mengguna simplek V22 (145.275) sebagai pusat pertemuan disamping itu mendapat ramai rakan-rakan baru yang turut serta di simplek ini untuk itu saya sentiasa bersama di frekuensi ini jika tidak qrl dengan tugusan.