FOLLOW ME.......... T.Q

DAN HARI MALAYSIA UCAPAN IKLAS DARI 9W2PHJ/PRPHJ

Khamis, 31 Disember 2009

GEREJA DI BENAR GUNA KALIMAH ALLAH


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.
Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.
Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.
Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.
Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.
‘‘Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,’’ katanya.
Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan ‘Allah’ adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.
Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.
Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.
Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.
Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.
***********************************************************************************
BAHAN BUANGAN JANA ELEKTRIK


KOTA KINABALU 31 Dis. – Bahan buangan berbentuk sisa pepejal atau cecair sebenarnya mempunyai manfaat dan kegunaan bagi menyelamatkan persekitaran dan manusia.
Ini kerana, bukan semua benda yang terkandung dalam bahan buangan tersebut tidak berguna, sebaliknya jika diaplikasikan dengan betul ia mampu mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada semua pihak.
Sebagai contoh, biomas atau bahan sisa tanaman termasuk kelapa sawit mampu menjana kuasa elektrik.
Kaedah ini tidak mustahil untuk digunakan apa lagi pada masa ini isu bekalan elektrik di Sabah menjadi perdebatan di kalangan organisasi berkaitan, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Ia timbul berikutan cadangan kerajaan untuk membina janakuasa 300 megawatt mengunakan arang batu di Lahad Datu yang bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan tenaga di pantai timur Sabah.
Hakikatnya, Sabah mempunyai 1.4 juta hektar tanaman kelapa sawit dan terdapat lebih 400 kilang sawit yang kebanyakan kilang sawit terletak di kawasan Kelompok Perindustrian Kelapa Sawit (POIC) Lahad Datu.
Setiap kilang sawit mempunyai sisa buangan kilang dalam bentuk biomas (tandan sawit) dikenali sebagai tandan kelapa sawit kosong (EFB) dan bahan kumbahan kilang (POME).
EFB dan POME biasanya dibuang begitu sahaja. EFB dijadikan baja dan POME disalurkan ke dalam kolam mendapan untuk proses pereputan.
Kedua-dua sisa ini membebaskan gas metana (biogas) yang juga merupakan gas rumah hijau yang berbahaya.
Bagaimanapun, jika diurus dengan betul, sisa buangan itu boleh diproses dan digunakan untuk menjana tenaga.
Penyelaras Program Organisasi Kerjasama Komuniti (Pacos), Adrian Lasimbang berkata, antara pendekatan yang boleh digunakan untuk menjana tenaga menggunakan bahan buangan itu adalah dengan mengumpul pelepasan gas metana berkenaan mengunakan tangki khas berbentuk kubah.
Menurutnya, semua bahan kumbahan kilang akan diproses dan dimasukkan ke dalam tangki itu bagi menghasilkan gas metana, sebelum disalurkan untuk menggerakkan turbin janakuasa elektrik.

Adrian Lasimbang


‘‘Selain itu, jika EFB dibakar, ia akan menghasilkan gas hidrokarbon yang boleh terbakar. Gas ini boleh digunakan untuk menjalankan enjin janakuasa elektrik atau dibakar menghasilkan stim,”
Beliau menambah, satu lagi cara yang boleh digunakan ialah meleburkan sisa biomas itu untuk menghasilkan stim yang akan digunakan bagi memutarkan turbin janakuasa.
Menurutnya, kaedah itu biasa digunakan dalam skala besar pengeluaran tenaga elektrik antara 20 hingga 500 megawatt.
‘‘Semua teknologi ini sudah sedia ada, cuma memerlukan pelaburan untuk infrastruktur kilang dan janakuasa.
‘‘Satu cadangan saya adalah menggunakan kombinasi ketiga-tiga teknologi ini dalam satu janakuasa. Ini dinamakan sistem CHP (Combined Heat and Power).
‘‘CHP menggabungkan teknologi penyerapan haba dan penjanaan kuasa elektrik,” katanya.
Adrian berkata, sistem itu bukan sahaja boleh membawa manfaat kepada alam sekitar, malah ia juga membantu Malaysia untuk mencapai komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, perkara utama yang lebih penting ialah sejauh mana kesanggupan semua pihak terutama kerajaan dalam melaksanakannya.
Seperti kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Jika kerajaan serius dan bersungguh-sungguh, masalah kekurangan bekalan tenaga elektrik di Sabah dan isu janakuasa arang batu di Lahad Datu mungkin dapat diatasi.
Ia juga sejajar dengan komitmen negara untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 40 peratus pada 2020.

JARI KAKI PUTUS DI HEMPAP MEJA GURU


KUALA LUMPUR: “Saya sedih apabila anak menangis tersedu-sedu meminta saya mengutip jarinya yang putus dan kemudian menyuruh saya menyambung semula jari itu...tetapi saya tidak berdaya kerana ia mustahil sebab jari itu sudah mereput,” kata seorang ibu, Suziana Che Saad, 28.

Anak lelakinya, Mohd Farisz Daniel Mohd Azizi yang berusia lima tahun mengalami reput jari hingga terlerai akibat dihempap meja guru ketika berlatih taekwondo di sebuah tadika di Jalan Gasing, Petaling Jaya, dekat sini, pada 20 Oktober lalu.

Kejadian berlaku apabila rakan kanak-kanak terbabit, bermain-main di atas meja berkenaan sebelum rakannya itu tergelincir dan menyebabkan meja itu jatuh lalu menghempap jari kaki kanan Mohd Farisz Daniel.

“Ketika kejadian, saya sedang bekerja. Tiba-tiba suami, Mohd Azizi Mustapha, 29, menelefon memberitahu Farisz mendapat kemalangan kecil di tempat belajar.

“Ketika itu suami menyatakan dia akan terus ke sebuah klinik kerana guru tadika yang mengajar kelas taekwondo anak sudah membawa Farisz ke klinik.

“Sebaik suami pulang ke rumah di Taman Mawar, Puchong, saya terkejut melihat keadaan kaki anak membengkak dan berdarah,” katanya.

Susulan itu, Suziana dan suami membawa anak sulung mereka itu mendapatkan rawatan doktor pakar di Hospital Assunta, Petaling Jaya dan doktor memberitahu sebahagian urat dan pembuluh darah di jari kaki kanan anaknya itu sudah mati.

Bagaimanapun, Suziana dan suaminya enggan membenarkan doktor memotong sebahagian jari kaki kanan Mohd Farisz Daniel yang parah akibat dihempap meja itu kerana berharap ia akan sembuh walaupun rawatan X-ray mendapati tidak akan dapat diselamatkan.

Tetapi harapan itu musnah apabila sehari sebelum hari jadi Mohd Farisz Denial pada 28 November lalu kira-kira jam 9 malam, kanak-kanak itu meraung secara tiba-tiba ketika dia sedang bermain di ruang tamu rumah.

“Saya ingatkan kenapa? Rupa-rupanya Mohd Farisz Daniel menunjukkan ketulan hitam yang katanya lipas. Saya terkejut apabila mendapati lipas yang disangka Farisz itu sebenarnya jarinya yang lerai kerana reput.

“Dia merayu tersedu-sedu meminta saya menyambung semula jari kakinya itu. Puas saya memujuknya supaya reda dia kehilangan jarinya itu,” katanya yang mempunyai seorang lagi cahaya mata, Muhammad Faszrell Daniel berusia lima bulan.

Sementara itu, Mohd Azizi berkata, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Petaling di sini berhubung kejadian malang yang menimpa anaknya itu.

Katanya, dia dan isteri juga sedang mendapatkan khidmat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurusan tadika swasta itu kerana cuai.

“Jari anak saya tak ternilai harganya, sebenarnya ini bukan sebab wang tapi lebih kepada tanggungjawab. Pihak pengurusan tadika itu dan guru taekwondo terbabit hanya melawat ketika di hospital.

“Tiada langsung tindakan susulan mereka selepas itu. Guru taekwondo terbabit berjanji menanggung kos rawatan, tetapi janji hanya tinggal janji. Setakat ini, satu sen pun tidak diterima daripada mana-mana pihak.

“Lebih teruk, bapa kanak-kanak yang memanjat meja itu hanya memberikan hamper dan meminta maaf,” katanya.
*************************************************************************************

SELAMAT TAHUN BARU 2010M /1431H DARI SAYA 9W2PHJ/PRPHJ SEKELUARGA KEPADA SEMUA RAKAN RAKAN YANG MENGENALI SAYA,SEMOGA TAHUN YANG MENDATANG INI LEBIH BAIK DAN TERCAPAI APA YANG DI INGINI.DOA SAYA SEKELUARGA MOGA DI PANJANGKAN UMUR DAN DI MURAHKAN REZEKI HENDAKNYA....AMIN.....

Isnin, 28 Disember 2009

JEPUN CIPTA ROBOT BURUNG MADU RM 7.14 JUTA


Profesor Hiroshi Liu mempamerkan robot burung madu di bandar raya Chiba, Tokyo, semalam.


CHIBA, Jepun 28 Dis. - Penyelidik Jepun berjaya menghasilkan 'robot burung madu' yang dapat menggerakkan sayap dengan cepat dan terbang bebas di udara.
Robot dilengkapi motor mikro serta mengandungi empat sayap itu boleh mengerakkan sayapnya sebanyak 30 kali sesaat, kata penyelidik di Universiti Chiba di timur Tokyo, Profesor Hiroshi Liu.
Dikawal oleh deria inframerah, robot berkenaan boleh terbang turun dan naik serta bergerak ke kiri dan ke kanan.
Robot seberat 2.6 gram itu boleh terbang dalam bentuk angka lapan jauh lebih stabil daripada helikopter berkipas, kata Liu, 46, yang bertanggungjawab membangunkan robot berkenaan.
Pembinaan robot yang melibatkan belanja sebanyak 200 juta yen (RM7.14 juta) itu mungkin boleh digunakan bagi membantu menyelamatkan manusia yang terperangkap dalam runtuhan bangunan, mengesan penjenayah atau beroperasi sebagai kenderaan pemeriksa ke planet, katanya.
************************************************************************************
MAKAM JENERAL CAO CAO DI TEMUI ?



Sebahagian barangan peninggalan kebudayaan Henan termasuk beberapa hiasan batu akik yang ditemui di sebuah makam berusia hampir 1,800 tahun dipercayai makam pemimpin lagenda Cao Cao di wilayah Henan, yang memerintah Kerajaan Wei dari 208 hingga 220 Masehi.

BEIJING 28 Dis. - Ahli arkeologi China telah menemui kawasan yang dipercayai makam Cao Cao, jeneral dan pemerintah terkenal China pada abad ketiga, yang kemudian menjadi tokoh cerita rakyat popular yang digambarkan sebagai contoh ahli politik yang licik.
Kompleks makam Cao seluar 740 meter persegi dengan laluan sepanjang 40 meter menuju ke dewan bawah tanah itu, ditemui di Xigaoxue, sebuah perkampungan dekat ibu negeri purba Anyang di wilayah Henan, demikian menurut laporan akhbar China Daily.
Sejarawan berkata, bakat ketenteraan dan politik Cao Cao membolehkannya membina negara terkuat dan paling makmur di utara China semasa zaman Tiga Kerajaan dari 208 hingga 280 masehi semasa China dikuasai tiga pemerintah.
Cao digambarkan sebagai penjahat pintar dan tidak berprinsip dalam opera tradisional Cina dan juga dalam novel sejarah terkemuka China, Romance of The Three Kingdoms.
Dalam ayat yang kononnya pernah dituturkan Cao, dia berkata 'lebih baik saya menyalahkan dunia berbanding dunia menyalahkan saya'.
Malah peribahasa China berbunyi 'bercakap tentang Cao Cao dan Cao Cao datang' adalah serupa dengan kiasan Inggeris 'berbicara tentang iblis'. Cao juga adalah penyajak terkenal.
Dari kompleks makam itu, tulang-tulang milik tiga orang dan lebih 250 barang peninggalan berjaya digali selepas hampir setahun kerja ekskavasi, demikian menurut seorang pegawai arkeologi China.
Tulang-tulang yang ditemui dikenal pasti sebagai milik seorang lelaki berusia 60 tahun dan dua orang wanita, seorang berusia kira-kira 50 tahun dan seorang lagi berusia antara 20 hingga 25 tahun.
Pakar menyatakan bahawa tulang lelaki itu adalah tulang Cao yang meninggal dunia pada usia 65 tahun pada 220, wanita tua itu sebagai maharaninya dan perempuan muda tersebut adalah khadamnya.
Antara tinggalan yang ditemui adalah lukisan batu yang menggambarkan kehidupan sosial Cao ketika itu, tablet batu yang mempunyai inskripsi mengenai objek korban dan barangan peribadi Cao.
Tablet dengan ukiran 'Raja Wu dari Wei', gelaran Cao selepas meninggal dunia, ditemui semula daripada orang yang mencurinya dari makam itu.
"Tablet batu dengan inskripsi merujuk kepada gelaran Cao selepas dia meninggal dunia adalah bukti paling kukuh. Tiada sesiapa yang mempunyai begitu banyak tinggalan merujuk gelaran selepas mati kepada Cao di dalam makam ini selain Cao sendiri," kata pakar arkeologi, Liu Qingzhu dari Akademi Sains Sosial China.
*************************************************************************************
PENYAKIT GANJIL


Norlia Abdul Rani membelai bayinya Nur Safiah Natasha Saripul Anuar yang tidur dengan bantuan alat pernafasan di Hospital Kuala Lumpur semalam.


Sekali pandang Nur Safiah Natasha Saripul Anuar yang baru berusia dua bulan kelihatan seperti bayi biasa yang lain.Namun realitinya dia menanggung penderitaan akibat komplikasi pernafasan terhenti semasa tidur yang dihidapnya sejak berusia 25 hari.
Menurut ibunya, Norlia Abdul Rani, 32, penyakit ganjil yang dialami anaknya itu merupakan kes pertama berlaku di Malaysia dan tidak ada ubat untuk mengubatinya.
Katanya, doktor tidak dapat mengesahkan apa penyakit sebenar anaknya dan mereka dalam proses mengkaji faktor terjadinya komplikasi tersebut.
Setakat ini Nur Safiah Natasha yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akan diberikan bantuan pernafasan setiap kali dia tidur.

Sabtu, 26 Disember 2009

10 MAUT TRAJEDI BAS EXPRESS 2 TINGKAT/SUASANA PILU DI RUMAH MAYAT


BAS ekspres dua tingkat yang terkoyak di bahagian tepi apabila merempuh besi pembahagi jalan yang kemudian merodok tempat duduk bawah mengakibatkan sepuluh penumpang terbunuh di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara pada awal pagi semalam.


IPOH 26 Dis. – Seramai 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat, Sani Express terbabas lalu melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, lapan kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi ini.
Nahas ngeri tersebut menyebabkan ada di antara penumpang putus kepala serta beberapa anggota badan lain.
Mereka yang maut ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang, Selangor; Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, serta Mohd. Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor, Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan adiknya, Sharifah Hasanah, 15, (Sungai Petani, Kedah).
Turut maut, Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah; Noor Jasmi Noordin, 25, Kangar, Perlis; Ng Kah Kit, 14, dan Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar.
Penumpang yang parah dalam kemalangan kira-kira pukul 1 pagi itu ialah Md. Razip Fadzir, 38, seorang pegawai tentera berpangkat Mejar manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah, cedera ringan.
Ketua Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Wan Ishak berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat manakala kedua-dua mereka yang cedera menerima rawatan di hospital sama.


“Mereka yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang di tingkat bawah bas. Penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Difahamkan, bas ekspres yang membawa seramai 48 penumpang itu bertolak dari Klang menuju ke Kangar pada pukul 9 malam tadi.
Malangnya, ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dikatakan terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya.
Keadaan bertambah buruk apabila bas itu kemudian melantun dan merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti.
Menurut Wan Abdullah, siasatan awal mendapati, besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan kepada penumpang-penumpang berkenaan.
Sehubungan itu katanya, pemandu bas ketika kemalangan tersebut telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu tersebut dikatakan berhenti sebentar di hentian rehat dan rawat (R&R) Tapah bagi membolehkan penumpang ke tandas sebelum menyambung semula perjalanan seterusnya.
Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa, pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum berlaku kemalangan.
“Bas dipandu dalam keadaan tidak stabil, terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum kejadian,” dakwanya.
Dia yang duduk di bahagian depan tingkat atas bas ketika kemalangan tersebut berlaku berkata, keadaan penumpang ketika itu kelam-kabut dan dalam ketakutan.
*************************************************************************************
WALAUPUN SAYA SOROK BEG,EMAK TETAP NAK IKUT AYAH - Anak



SUKHAIRY Shaharin (kiri) dan adiknya, Mohd. Rifandi
Shaharin tidak dapat menahan kesedihan setelah mengenal pasti jenazah ibu bapanya, Shaharin Mohd. Noor dan Supiah Adam yang maut dalam kemalangan jalan raya di Hospital Ipoh, semalam.

Gurauan mesra dan rayuan seorang anak meminta agar ibunya membatalkan hasrat mengikuti si suami, rupa-rupanya petanda bahawa dia bakal kehilangan kedua-dua orang yang dikasihi itu sekali gus.
Sukhairy Shaharin, 24, berkata, dia tidak pernah terfikir akan kehilangan ibu bapanya serentak seperti berita yang diterimanya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
"Saya terima panggilan daripada telefon bapa yang dibuat oleh seorang pegawai polis memaklumkan kemalangan ini dan minta saya untuk mengenal pasti mayat.
"Sukar nak percaya berita ini tetapi saya kena terima hakikat kehilangan orang yang saya sayang sekali gus," katanya yang tidak dapat menahan perasaan sedih ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, masih terbayang-bayang di matanya tentang gurauan meminta ibunya, Supiah Adam, 46, tidak meneruskan hasrat untuk mengikuti bapanya, Shaharin Mohd. Nor, 61, ke Kangar, Perlis.
"Bapa ke sana atas urusan kerja, dia nak ambil kereta syarikat. Ibu memang selalu ikut bapa... Tapi semalam, saya tarik dan sorok beg ibu belakang pintu, minta dia tak pergi. Ibu kata, dia nak pergi juga," katanya sayu.
Kata Sukhairy, ketika menghantar kedua-dua mereka ke stesen bas di Shah Alam, pada pukul 9 malam tadi, bapanya sempat berpesan supaya dia menjaga adik-adik dengan baik.
"Bapa sempat cakap dengan saya, dia minta tolong supaya saya menjaga adik elok-elok, tak sangka ini pesanannya yang terakhir," ujarnya.
Dalam masa sama, Sukhairy kesal dengan sikap segelintir pemandu bas yang tidak mengambil kira keselamatan para penumpang dan perasaan keluarga mereka.
"Saya nak beritahu kepada pemandu-pemandu bas supaya memandulah dengan berhati-hati kerana ini melibatkan orang yang tak berdosa dan keluarga mereka.
"Jangan kerana pentingkan diri, orang lain yang menjadi mangsa," katanya
*************************************************************************************
SUASANA PILU DI RUMAH MAYAT


SHARIFAH Faridah Syed Osman bersama dua jenazah anak perempuannya, Sharifah Raheel AlJunid Syed Harun dan Sharifah Hasanah Syed Harun di Hospital Ipoh, semalam. Gambar kecil gambar Faridah bersama Sharifah Raheel (kiri) dan Sharifah Hasanah.


Suasana pilu dan sayu menyelubungi pekarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini, apabila ahli keluarga dan sanak saudara mangsa kemalangan maut membabitkan sebuah bas ekspres dua tingkat dekat sini, hadir menuntut mayat ahli keluarga masing-masing.
Mereka tiba seawal pukul 8 pagi bagi mengenal pasti mangsa sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halaman.
Ada antara yang hadir, gagal menerima kenyataan kehilangan orang tersayang sehingga terpaksa ditenteramkan oleh anggota polis bertugas dan ahli keluarga terdekat.
Hakikatnya, mereka bukan sahaja kehilangan seorang ibu, bapa, adik, abang atau kakak, tetapi ada yang kehilangan kedua ibu bapa dan adik-beradik serentak.
Bagi Sharifah Faridah Syed Osman, 50, dari Sungai Petani, Kedah, dia kehilangan dua anaknya serentak iaitu Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hasanah Al-Junid Syed Harun, 15.
Sharifah Faridah nyata gagal menahan kesedihan sehingga terpaksa dipapah sejurus mengecam mayat kedua-dua anaknya itu kira-kira pukul 10 pagi.
Apa yang mampu diluahkan hanyalah: "Ya Allah anakku. Ya Allah rahmatilah anakku," berulang-ulang kali sambil menangis teresak-esak.
Kepiluan turut dirasai pasangan Ng Chin Beng, 47, dan isterinya, Lim Swee Gun, 50, apabila kehilangan anak lelaki, Ng Kah Kit, 14, dan anak perempuan mereka, Ng Poh Ngoh, 23, juga serentak.
Menurut Ng Chin Beng, Poh Ngoh baru sahaja tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Multimedia.
Malah, kegembiraannya mendengar berita kejayaan anak perempuannya dalam satu temu duga pekerjaan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur hanya bertahan sementara.
"Dia beritahu saya dia akan mula bekerja di Kuala Lumpur pada 4 Januari ini. Tapi sekarang dia sudah tak ada," katanya sebak.
Chin Beng berkata, dia mula mengesyaki sesuatu apabila telefon bimbit Poh Ngoh, yang dihubungi awal pagi ini tidak berjawab.
"Saya kemudian hubungi telefon Kah Kit tetapi dijawab oleh anggota polis yang memaklumkan kematian dua anak saya itu," ujarnya.
Poh Ngoh merupakan anak pertama dan Kah Kit ialah anak bongsu daripada empat beradik. Kedua-dua mereka berada di Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu.
Sukhairy Shaharin, 24, anak kepada Shaharin Mohd. Nor, 61, dan Supiah Adam, 46, pula pada mulanya tidak dapat menerima hakikat kehilangan kedua ibu bapanya itu.
Namun, selepas dipujuk dan diberikan nasihat oleh ahli keluarga dan anggota polis yang bertugas, dia kemudian kelihatan tenang dan dapat mengawal emosi.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang sempat meluangkan masa melawat keluarga mangsa di rumah mayat hospital, mengucapkan takziah dan berharap keluarga mangsa bersabar menghadapi dugaan.
*************************************************************************************
KELUARGA MANGSA ANGGAP TRAJEDI KETENTUAN TUHAN
KLANG 26 Dis. - Anak pasangan mangsa kemalangan bas ekspres dua tingkat di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan, menghala utara, awal pagi ini, menyifatkan pemergian kedua ibu bapanya satu ketentuan daripada Allah.
Mohd. Arif Andi Shaharin, 23, berkata, dia serta adik beradiknya terkejut apabila mendapat berita kematian ibu bapanya kira-kira pukul 7 pagi ini.
Katanya, dia tidak menyangka keluarganya terlibat dalam kemalangan itu kerana bapanya, Shaharin Mohd. Nor, 61, sering berulang-alik ke utara atas urusan kerja.
"Kadang kala bapa akan ditemani ibu, Supiah Adam, 46. Memang arwah bapa memaklumkan untuk pergi ke Kuala Perlis mengambil kereta untuk dibawa pulang ke Pelabuhan Barat.
"Bagaimanapun, kami reda akan pemergian kedua-dua ibu bapa kami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Setia di sini hari ini.
Mohd. Arif berkata, dia dan empat lagi adik beradiknya, Sukhairy, 24; Mohd. Helmi, 20; Shuhada, 17; dan Faiz, 14, terus bergegas ke Hospital Ipoh sejurus dimaklumkan mengenai kejadian menimpa ibu bapanya itu.
Dalam pada itu, rakan karib Shaharin, Zaiain Bedin, 34, memberitahu, sebelum kejadian, Allahyarham menunjukkan perbezaan apabila sering dilihat berpakaian kemas dengan wajah yang berseri-seri ke tempat kerja.
Sebelum ini, katanya, Allahyarham Shaharin sering memakai pakaian seragam dan kali terakhir beliau menemui arwah pada Khamis lalu.
"Ketika itu, saya lihat Allahyarham ceria. Namun, saya tidak terfikir pula itu adalah kali terakhir saya menemui dan bercakap dengannya," ujarnya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, 10 penumpang bas tersebut terbunuh setelah kenderaan itu terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan, menghala utara.
Sementara itu, ibu Mohd. Bilal Osman, 22, yang turut terbunuh dalam nahas itu, Hamisah Suki, 48, berkata, dia dapat merasakan sesuatu tidak kena ketika menghantar anaknya menaiki bas berkenaan di Hentian Sungai Besar petang semalam.
Katanya, ketika kejadian, anak ketiga daripada 10 beradik itu dalam perjalanan ke Perlis untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis (UMP) setelah cuti semester berakhir.
"Pada awalnya, suami saya memang nak hantar Bilal terus ke Perlis tetapi arwah mahu menaiki bas dengan rakan karibnya (Mohd. Shukri Mohd. Ali, 22, yang turut maut) kerana tidak mahu menyusahkan kami.
"Kami pun hantar dia ke hentian bas sahaja kerana selama ini pun arwah dengan Mohd. Shukri sering pulang bersama ke universiti atau ke kampung," katanya ketika ditemui di rumahnya di Parit Satu Barat, Sungai Besar hari ini.
Tambahnya lagi, anaknya itu merupakan seorang yang periang sebelum ini namun secara tiba-tiba berubah menjadi kurang bercakap dan sering berkhayal.
"Selama dia berada dengan kami hampir dua bulan, saya sebagai seorang ibu ada melihat sedikit perubahan Bilal namun tidak menyangka ada sesuatu peristiwa buruk akan terjadi," ujarnya
*************************************************************************************
ABANG TAK SEMPAT RAI KEJAYAAN PMR ADIK.


SUNGAI PETANI 26 Dis. - Kejayaan adik bongsunya mendapat keputusan cemerlang 6A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini menyebabkan Syed Mustafa Al Junid Syed Harun (gambar) tidak sabar-sabar menanti kepulangannya.
Dia dan keluarga sudah merancang untuk meraikannya sebaik sahaja Sharifah Hasanah Al Junid, 15, dan kakaknya, Sharifah Raheel Al Junid, 21, pulang dengan bas ekspres pagi ini.
Namun apakan daya, takdir mengubah segala-galanya apabila Sharifah Hasanah Al Junid terbunuh dalam nahas bas dua tingkat itu yang turut meragut sembilan nyawa lain termasuk kakaknya, Sharifah Raheel Al Junid.
Abang sulung kedua-dua beradik tersebut, Syed Mustafa Al Junid, 27, memberitahu dia menerima berita mengenai kematian saudara perempuannya itu kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
"Kedua-dua adik saya berada di Kuala Lumpur sejak Sabtu lalu untuk melawat sanak-saudara kami di sana.
"Adik bongsu saya, Sharifah Hasanah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan saya merancang untuk belanja adik saya makan bagi meraikan kejayaannya," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Melor, Sungai Layar di sini, hari ini.
Menurut Syed Mustafa, kali terakhir mereka sekeluarga berkumpul pada 14 Disember yang lalu bagi meraikan majlis perkahwinannya.
"Mereka berdua sungguh ceria pada majlis perkahwinan saya. Saya tidak sangka, majlis itu yang terakhir kami semua berkumpul.
"Tiga hari lalu mereka ada menelefon saya meminta wang bagi membeli tiket bas untuk pulang ke Alor Setar bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu kami di sini," ujarnya.
Katanya, dia langsung tidak menduga akan kehilangan dua adik perempuannya itu sekali gus kerana mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
"Mereka berdua memang adik yang ceria dan disenangi semua kerana sikap yang peramah.
"Pada mulanya, saya ingatkan hanya Sharifah Raheel yang meninggal dunia dalam kemalangan itu kerana seorang lagi mangsa belum dikenal pasti, namun rupanya seorang lagi mangsa juga ialah adik saya," katanya.
Katanya, adik bongsunya itu, Sharifah Hasanah tertinggal kad pengenalan di rumah mereka di sini.
Tambahnya, adiknya itu juga tidak sempat melihat slip keputusan peperiksaan PMR kerana berada di Kuala Lumpur.
"Bapa saya, Syed Harun Al-Junid yang mengambil keputusannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar.
"Saya masih lagi terkejut dengan kematian kedua-dua mereka namun saya reda dengan ketentuan Tuhan," katanya.
Syed Mustafa memberitahu, jenazah kedua-dua adiknya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Majidi, Sungai Layar selepas solat Asar.

Jumaat, 25 Disember 2009

PALESTIN DAN HARAPAN DAMAI T 2010


KESEDARAN penduduk Palestin terhadap hak-hak mereka semakin meningkat dan sokongan dunia yang semakin bertambah diharap memberi sinar baru ke arah usaha damai Asia Barat.





SECARA tiba-tiba, Israel kebelakangan ini menerima tekanan antarabangsa yang cukup hebat. Ia bermula dengan Laporan Goldstone pada Oktober lalu yang membuktikan Israel melakukan jenayah perang dan kemanusiaan dalam serangan selama 22 hari ke atas Semenanjung Gaza pada 2008.
Awal bulan ini pula, Kesatuan Eropah (EU) mengeluarkan kenyataan supaya Baitulmaqdis dijadikan ibu negara bersama Palestin dan Israel. Pernyataan itu merupakan draf awal yang akan dikeluarkan oleh Sweden selaku Pengerusi EU yang antara lain turut menyebut bahawa Baitulmaqdis Timur seharusnya menjadi ibu negara Palestin pada masa depan.
Malah, negara-negara EU turut menyokong tertubuhnya negara Palestin yang terdiri dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Pernyataan itu menimbulkan kemarahan Israel apabila ia secara langsung menafikan kedudukan Israel ke atas Baitulmaqdis yang ditawan sejak perang 1967.
Malah, Israel sekali lagi tersentak apabila Britain pula mengeluarkan waran tangkap terhadap Menteri Luar Israel, Tzipi Livni yang menjadi arkitek di sebalik serangan yang membunuh lebih 1,600 penduduk Gaza pada 2008. Waran tangkap itu dikeluarkan ketika Livni dijadual memberi pidato di negara berkenaan. Meskipun waran tangkap itu ditarik balik kerana Livni tidak hadir, namun ia memberi tamparan yang hebat kepada Israel.
Apatah lagi Britain sebelum itu juga menghentikan import barangan dari Israel kerana menganggap ia tidak sah kerana dihasilkan di sebuah negara yang tidak sah. Tindak-tanduk Eropah yang menentang Israel itu sebenarnya selaras dengan kemahuan masyarakat antarabangsa yang semakin kuat menolak sikap berdolak-dalik Israel ke atas Palestin.
Isu yang paling memberi kesan ialah pembangunan komuniti Israel di wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang secara terang-terangan melanggar resolusi antarabangsa. Isu lain ialah perdagangan organ tawanan perang Palestin yang dijual pada harga beratus-ratus dolar di Israel dan Palestin.
Isu ini pernah mendapat liputan meluas media antarabangsa selepas ia pertama kali didedahkan oleh wartawan Sweden dengan bukti bergambar mayat warga Palestin yang dibedah.
Kecenderungan Eropah memihak kepada Palestin itu sedikit-sebanyak menyuntik harapan perdamaian bagi konflik yang berusia lebih enam dekad di Asia Barat itu. Tidak keterlaluan juga jika boleh disandarkan harapan, 2010 bakal menjadi tahun yang lebih baik bagi rakyat Palestin.
Walaupun perdamaian sepenuhnya masih jauh, penuh berliku dan sukar, namun masa akan menentukan ia akan menjadi kenyataan. Bagi pemerhati Asia Barat, Dr. Hafidzi Mohd. Noor, beliau melihat konflik di Asia Barat sedang bergerak ke arah perdamaian meskipun ia amat perlahan.
Dalam hal ini, Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace) itu mengambil isu aparteid di Afrika Selatan sebagai sejarah yang boleh dijadikan petunjuk. Katanya, penduduk kulit hitam atau “berwarna” di Afrika Selatan berdepan dengan diskriminasi selama puluhan dekad.
Perjuangan yang tidak pernah mengenal putus asa oleh pejuang hak asasi dan kesamaan hak untuk rakyat kulit hitam, akhirnya membuahkan hasil. Meskipun terpaksa dibayar dengan harga yang cukup mahal untuk mengembalikan hak mereka sebagai penduduk pribumi asal yang dirampas oleh penduduk kulit putih “Afrikaaner”.
Namun sistem aparteid Afrika Selatan lebur bukan semata-mata kerana tekanan dari penduduk kulit hitam. Tetapi ia berjaya diatasi hasil dari solidariti yang dipamerkan oleh masyarakat antarabangsa terhadap rakyat kulit hitam yang menjadi mangsa diskriminasi melampau rejim Afrika Selatan.
Tindakan boikot, memutuskan hubungan diplomatik dan sekatan dagangan ke atas Afrika Selatan berjaya menundukkan rejim kulit putih supaya akur dengan hak rakyat dan tuntutan masyarakat antarabangsa.
‘‘Berdasarkan pengalaman sejarah yang dilalui oleh Afrika Selatan, Palestin juga sedang bergerak ke arah yang sama. Penindasan dan penjajahan yang sudah berlangsung selama enam dekad kini sudah mula mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Israel tidak lagi sekebal dahulu,” ujar Hafidzi.
Malah, Israel ketika ini juga sudah mula menerima pelbagai tekanan termasuk dakwaan jenayah perang oleh pemimpin politik dan Pasukan Pertahanan Israel (IDF).
Di samping, itu masyarakat madani di Amerika Syarikat sendiri, Australia dan negara EU menyatakan sokongan terbuka kepada rakyat Palestin. Baru-baru ini misalnya, rakyat Australia berkempen agar orang ramai memboikot sebuah orkestra Israel daripada membuat persembahan di negara itu.
Di Amerika sendiri, sebuah demonstrasi akan diadakan di New York esok (27 Disember) sebagai memperingati ulang tahun serangan biadap Israel ke atas Gaza pada tarikh yang sama pada 2008.
Malah tambah Hafidzi, Ahli Parlimen British, George Galloway juga menganjurkan satu konvoi yang terdiri daripada lebih 140 buah ambulans dan kenderaan pelbagai jenis untuk membawa bekalan ubat-ubatan kepada penduduk Gaza yang terkepung.
Inisiatif yang dinamakan “Viva Palestina UK” (Hidup Palestin UK) itu turut disertai oleh Viva Palestina AS, NGO dari Kesatuan Eropah, Turki dan beberapa negara lain.
Malah, Pace turut mengambil bahagian bersama Viva Palestina Malaysia @ CompleteMalaysia dengan menyumbang empat buah ambulans.
‘‘Kesemua keprihatinan yang dipamerkan oleh warga antarabangsa terhadap nasib rakyat Palestin tidak pernah disaksikan 10 tahun lalu. Ia adalah satu perkembangan positif yang sudah tentu memberi suntikan kepada rakyat Palestin untuk terus berjuang demi menuntut hak mereka kembali ke tanah air dan memperoleh kemerdekaan dari pendudukan Israel,” ujar Hafidzi.
Cuma apa yang membezakan perjuangan rakyat Palestin dengan Afrika Selatan ialah kempen boikot dan bantahan ke atas Israel adalah inisiatif masyarakat madani. Sebaliknya negara-negara Barat masih lagi memihak dan melindungi Israel.
Semua inisiatif untuk membantu rakyat Palestin dan pernyataan solidariti hanya dipelopori oleh warga dan bukannya merupakan pendirian kerajaan-kerajaan yang mewakili mereka.
Bahkan negara seperti AS, EU dan Australia tetap mengenakan tekanan ke atas rakyat Gaza agar menghentikan intifada sebagai syarat untuk mencapai damai dengan Israel.
Ini berbeza dengan penentangan terhadap sistem aparteid Afrika Selatan yang diterajui oleh negara-negara Barat dan menjadi polisi rasmi kerajaan. Apa yang lebih mendukacitakan jelas Hafidzi, pendirian negara-negara Islam terutamanya di rantau Arab yang tidak meletakkan kepentingan Islam dan umatnya sebagai satu keutamaan.
Dalam konteks isu Palestin, rejim-rejim Arab mempunyai perhitungan-perhitungan politik dan ekonomi yang mengatasi usaha pembelaan ke atas rakyat Palestin.
Kepentingan politik dan ekonomi itu menjadi isu keselamatan negara yang tidak boleh dikompromi bagi rejim Arab yang berjiran dengan Palestin. Kepentingan itu pula berkait rapat dengan kepentingan strategik kuasa besar AS dan negara-negara Barat.
Malah tambah Hafidzi, sebahagian negara Arab sudah memeterai perjanjian damai dengan Israel kerana tunduk dengan tekanan Amerika. Mesir dan Jordan adalah dua negara Arab yang sudah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.
Negara-negara Arab lain pula sudah mempunyai hubungan dagang dengan Israel termasuklah membuka cawangan-cawangan bank dan institusi kewangan di Israel. Berdasarkan hakikat itu, adalah agak sukar untuk meletakkan harapan yang besar kepada rejim Arab untuk melakukan sesuatu yang bermakna ke arah perjuangan pembebasan Palestin.
Namun tambah Hafidzi, kesedaran rakyat di negara-negara tersebut cukup tinggi.
‘‘Mereka bersedia menghulurkan bantuan bahkan bersedia untuk berjuang bersama rakyat Palestin,” jelas beliau.
Namun realiti politik yang menekan di Arab menghalang kesedaran ini daripada diterjemah dalam bentuk gelombang yang boleh mengubah landskap politik Asia Barat.
Negara-negara Arab mengamalkan sistem autokratik yang mana rakyat tidak punya hak untuk bersuara dan menyatakan pendirian dengan bebas. Sistem demokrasi pula seperti yang dijelaskan Hafidzi, hampir tidak dikenali di negara-negara Arab.
Bahkan Amerika yang kononnya berjuang untuk menegakkan sistem demokrasi di seluruh dunia menyokong rejim Arab yang autokratik itu. Ini kerana mereka sedar jika ruang demokrasi dibuka di Asia Barat, maka situasi yang sama akan wujud seperti di Palestin.
Ternyata apabila rakyat Palestin diberi hak untuk memilih pemerintahan mereka sendiri melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil, mereka mempraktikkan hak demokrasi itu sepenuhnya dengan memilih Hamas.
‘‘Realiti ini adalah satu igauan yang amat digeruni oleh pemimpin-pemimpin rejim Arab dan mereka akan berusaha sejauh mungkin untuk menghalang proses demokrasi dilaksanakan di negara mereka,” ujar Hafidzi.
*********************************************************************************
GAMBAR DI BAWAH INI UNTUK TATAPAN RAKAN-RAKAN YANG TAK PERNAH JUMPA ULAR DAN BUAH RAMBUTAN PERMASURI....HEH...JUMPA LAGI 73 BYE..BYE...



HUH......BESARNYA ULAR SAWA....



INI LAH BUAH RAMBUTAN PERMASURU RASANYA ENAK DAN SEJUK BILA DI MAKAN.

BOM GERGASI MOP AMERIKA SYARIKAT 13,600KG


Bom gergasi MOP yang mampu menembusi kubu bawah tanah sedalam 60 meter.


Amerika Syarikat giat usaha hasilkan bom besar seberat 13,600 kg

KRISIS kewangan dunia yang turut dirasai Amerika Syarikat, ternyata bukan halangan negara kuasa besar itu meneruskan agenda mempamerkan kekuatan pertahanannya, termasuk menghasilkan bom gergasi yang bakal siap seawal pertengahan tahun depan.

Demi memastikan impiannya itu tercapai, Washington yang kini dibebani hutang mencecah AS11.9 trilion (RM39 trilion), mempercepatkan usaha penghasilan bom dikenali ‘Massive Ordnance Penetrator (MOP) yang turut menjadi bom bukan nuklear terbesar yang serba canggih dalam persenjataan negara itu.

Bom konvensional seberat 15 tan atau 13,600 kilogram, diusahakan syarikat Boeing menerusi kontrak bernilai AS52 juta (RM174 juta). Ukurannya pula panjang enam meter dengan ukur lilit satu meter.

Menurut pemerhati isu pertahanan dan keselamatan antarabangsa menerusi laman webnya, GlobalSecurity.org, MOP yang turut dikenali dengan nama ‘Big BLU’ atau program ‘Direct Hard Target Strike Weapon’ dalam dokumen tertentu, membabitkan peruntukan sebenar kira-kira AS74.5 juta (RM249 juta) - tidak termasuk ujian dan kontrak program integrasinya.

‘Kehebatannya’ pula berdasarkan ciri-ciri ganasnya iaitu mampu membawa bahan letupan seberat 2,400 kilogram dan 10 kali lebih kuat daripada bom bakal digantinya yang dipasang pada pesawat pengebom Stealth B-2, ketika ini.
Ia juga dikatakan dapat memusnahkan kubu bawah tanah dengan kedalaman mencecah 60 meter sebelum meletup.

Jika dilihat, biarpun ujian MOP dimulakan pada 2007, usaha penghasilan bom gergasi itu terbantut selama dua tahun akibat masalah kewangan dan hanya beberapa bulan lalu, pentadbiran Rumah Putih yang kini di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama, memutuskan program itu harus dihidupkan kembali.

Namun, seperti dilaporkan media pertahanan antarabangsa, MOP bukanlah bom terbesar pernah dibina Amerika kerana pernah menghasilkan bom T12 seberat 44,000 pound atau 19,000 kilogram. Malah, bom paling ‘popular’ Amerika - GBU-43 yang digelar ‘Mother of All Bombs’ adalah seberat 9,525 kilogram.

Bagaimanapun, MOP boleh disifatkan sebagai bom konvensional terbesar yang serba serbi lebih canggih berbanding bom sebelumnya dengan ciri-ciri termasuk sistem arahan berasaskan laser selain dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS).
Apa yang pasti, keupayaan MOP itu sebenarnya jelas merujuk kepada dua musuh utama Amerika ketika ini - Iran dan Korea Utara yang sememangnya diketahui memiliki kekuatan bom nuklear, termasuk pembinaan loji dan kubu di bawah tanah.

Malah, ini diakui Setiausaha Akhbar Pentagon, Geoff Morell, yang menegaskan bom gergasi itu mensasarkan kawasan atau tapak kubu bawah tanah yang turut digunakan Pyongyang dan Teheran bagi program nuklear mereka.

Namun, bagi menepis dakwaan mengaitkan program bom MOP secara langsung dengan ancaman Iran dan Korea Utara, Morell menafikan Amerika sudah menetapkan sasaran tertentu bagi menghalakan bom gergasi berkenaan.

“Bagi saya, tiada sesiapa pun yang boleh meramalkan sasaran yang disifatkan sebagai berpotensi untuk diserang. Bom ini hanya memberikan keupayaan yang kami anggap sebagai perlu berikutan situasi dunia yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Apa pun alasan mereka, kehadiran MOP itu disusuli persoalan mengenai keperluan Amerika mewujudkan senjata pembunuh itu.

Selain meneruskan tradisinya mempamerkan kehebatannya di mata dunia dengan persenjataan dan kelengkapan ketenteraan yang canggih, bom MOP itu menjadi amaran Amerika kepada Iran dan Korea Utara supaya menamatkan program nuklear mereka.

Malah, MOP itu dianggap pelan alternatif menangani program nuklear Iran selepas negara Islam itu mendedahkan kewujudan tapak nuklearnya yang tersembunyi di sebuah gunung berhampiran kota suci bagi pengikut Syiah, Qom.

Korea Utara yang diketuai pemimpinnya, Kim Jong Il, pula sememangnya diketahui negara yang memiliki kekuatan nuklear dan sudah melakukan beberapa siri ujian letupan, termasuk di bawah tanah.

Pada masa sama, Amerika juga mahu menunjukkan kepada Russia dan China - dua negara lawan tradisinya, bahawa Washington tidak pernah melupakan usaha mengukuhkan kekuatan persenjataan dan sistem pertahanannya, biarpun berdepan masalah kewangan.

Dan sudah semestinya, kekuatan Amerika itu juga pasti memberi kelegaan kepada negara sekutu utamanya, Israel, yang sememangnya diketahui berkongsi banyak program dan peralatan ketenteraan dengan Amerika.

Rabu, 23 Disember 2009

TAHNIAH PETRONAS MALAYSIA PENAJA UTAMA PASUKAN MERCEDES GP


Perpindahan ke Mercedes GP Petronas menemukan semula Michael Schumacher dengan Ross Brawn (kiri), pengarah teknikal yang membentuk Schumacher sehingga berjaya mencatat tujuh kejuaraan dunia dan memenangi 91 perlumbaan


LONDON – Juara dunia tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher mengesahkan dia bersetuju mengikat kontrak selama tiga tahun untuk kembali dari persaraan dan memandu untuk pasukan Mercedes GP Petronas musim depan.
Malah, pelumba Jerman itu turut mensasarkan kejuaraan kelapan yang dilihat agak sukar dilakukan.
“Sasaran kami hanyalah untuk mencabar kejuaraan yang dicatatkan,” kata pelumba Jerman itu kepada media selepas menandatangani kontrak dengan Mercedes GP Petronas kelmarin.
Laporan media mengatakan Schumacher, 40, yang memenangi kejuaraan dunia bersama pasukan Benetton dan Ferrari sebelum bersara pada penghujung 2006 bakal memperoleh pendapatan 7 juta euro (RM34.3 juta), dalam pasukan yang membariskan kedua-dua pelumba Jerman.
“Kita sudaha bersetuju untuk bersama-sama selama tiga tahun, ini bukanlah hanya satu perjanjian sementara,” kata bekas bintang Ferrari yang pada awalnya dikatakan hanya akan mengikat kontrak setahun. “Kita melihat kepada kesinambungan.”
Mercedes, yang mengambil alih pasukan penyandang juara, Brawn GP, telah mendapatkan Nico Rosberg sebagai seorang lagi pelumba mereka tahun depan.
Schumacher kembali beraksi dalam F1 selepas gagal berlumba semula bersama Ferrari tahun ini bagi menggantikan pelumba Brazil, Felipe Massa kerana dia mengalami kecederaan leher akibat kemalangan motosikal.
Perpindahan ke Mercedes akan menemukan semula dia dengan Ross Brawn, pengarah teknikal yang membentuk Schumacher sehingga berjaya mencatat tujuh kejuaraan dunia dan memenangi 91 perlumbaan.
Ia juga kembali kepada sejarah asal pemandu Jerman itu yang pernah memandu kereta sport Mercedes sebelum beraksi untuk Jordan pada 1991 dalam F1.
“Saya gembira untuk mengembalikan semula kepercayaan Mercedes yang saya peroleh pada awal karier saya,” kata Schumacher.
Selepa bersara dia telah bekerja sebagai konsultan kepada Ferrari tetapi pasukan Itali itu berkata ia bukanlah satu perjanjian,
Bekas juara dunia, Damon Hill, yang merupakan musuh kepada Schumacher pada era 90-an dan Nigel Mansell kedua-duanya berkata, umur tidak menjadi halangan dan pelumba Jerman itu bakal kembali sebagai juara.
“Ia tidak akan mengejutkan saya, jika Michael cuba untuk meraih gelaran juara lagi. Ia tidak menjadi masalah berapa umur anda selagi anda seorang pelumba profesional, komited dan kekal fokus.
“Bagi saya perkara ini tidak boleh dipandang ringan, Dia sudah memenangi banyak gelaran, jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan tewas kepada pelumba lain.
“Ia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan kereta tetapi selepas itu ia tidak akan mengejutkan saya jika dia cuba untuk meraih gelaran kelapan,” kata Mansell, pelumba Britain yang muncul juara dunia pada 1992 pada usia 39 tahun dan terus berlumba sehingga umur 41 tahun.
Kehadiran Schumacher akan membolehkan juara dunia 2008, Lewis Hamilton, yang mula beraksi dalam sukan ini selepas Schumacher bersara, mengukur dirinya dengan pelumba F1 paling cemerlang tatkala menyaksikan pertempuran antara Britain dan Jerman.
Hamilton dan juara 2009, Jenson Button akan melakukan gandingan England bersama pasukan musuh Ferrari, McLaren yang masih lagi menggunakan enjin Mercedes.
Ia juga akan menyaksikan pertembungan generasi, dengan Schumacher akan berada di garisan permulaan dengan salah seorang pelumba sudah pasti berusia separuh dari usianya.
Ketua Eksekutif Mercedes, Nick Fry berkata, awal bulan ini, kehadiran semula Schumacher akan memberikan impak yang bagus buat sukan tersebut.
“Saya rasa ia sebagai penambah kepada bahan yang menarik, boleh pemandu berusia 40 atau 41 tahun bersaing dengan pelumba berusia 24 tahun? Sukan lain telah membuktikannya bahawa mereka mampu beraksi dalam usia sedemikian,” katanya.
Juara dunia paling tua kekal milik pelumba Argentina, Juan Manuel Fangio, yang menggondol gelaran kelima pada usia 46 tahun. Pelumba paling tua memenangi Grand Prix ialah Luigi Fagiolo pada 1951 ketika itu dia berusia 53 tahun.

Selasa, 22 Disember 2009

LAGI MANGSA KANAK-KANAK PEMBUNUHAN KEJAM DIPERCAYAI DI ROGOL DAN DILIWAT.


Seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menunjukkan mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui di kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney pagi semalam

Mangsa rogol dan liwat?

• Mayat kanak-kanak mangsa pembunuhan kejam yang ditemui di kolam tadahan banjir di Jalan Semarak, Kuala Lumpur semalam dipercayai dirogol dan diliwat.
• Hasil bedah siasat selama empat jam di Hospital Kuala Lumpur semalam mendapati, kesan koyak pada alat sulit mangsa dipercayai disumbat benda tumpul.
• Mangsa dijerut dengan tuala kecil sehingga mati sebelum mayatnya dicampak dalam kolam. Terdapat kesan suntikan BCG di lengan kirinya.
• Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, sampel termasuk cap jari dan gigi mangsa dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti identiti kanak-kanak itu. Polis akan menyiasat pelbagai sudut termasuk serangan seksual.
• Tiada ahli keluarga menuntut mayat kanak-kanak itu. Malah, identitinya masih misteri kerana tiada laporan kehilangan kanak-kanak diterima.
KUALA LUMPUR 23 Dis. – Hasil bedah siasat terhadap mayat kanak-kanak yang ditemui di kolam tadahan banjir di ibu negara semalam, menunjukkan mangsa mungkin dirogol dan diliwat sebelum meninggal dunia.
Bedah siasat yang dijalankan hampir empat jam di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mulai pukul 10.30 pagi ini mendapati, terdapat kesan koyak pada alat sulit mangsa dipercayai akibat dirogol dan diliwat beberapa kali.
Laporan bedah siasat itu turut mendedahkan mangsa mati akibat dijerut menggunakan tuala kecil sebelum mayatnya dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Koyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.
Kanak-kanak malang yang dianggarkan berusia 12 tahun dan berkulit gelap itu turut mempunyai kesan suntikan BCG di lengan kirinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul petang ini berkata, polis telah menghantar beberapa sampel termasuk cap jari dan gigi mangsa untuk mengenal pasti identiti kanak-kanak itu.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dibunuh di satu lokasi lain sebelum mayatnya dicampak dalam kolam berkenaan.
‘‘Bedah siasat mendapati, leher mangsa lebam akibat dijerut manakala kedua-dua lututnya melecet dipercayai diseret dan berlaku pergelutan,’’ katanya.
Ditanya sama ada mangsa dirogol dan diliwat, Zakaria berkata;
‘‘Siasatan kita meliputi pelbagai aspek termasuk serangan seksual. Apa-apa pun ia terlalu awal untuk mendedahkannya. Biar kita siasat dulu”.
Semalam, mayat kanak-kanak itu ditemui terapung di perangkap sampah kolam tadahan banjir kira-kira pukul 11.30 pagi.
Ketika ditemui, terdapat kesan jerut dengan kain di leher mangsa yang hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.
Menurut Zakaria, berdasarkan pemeriksaan awal, katanya, mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.
Ketika ditanya sama ada pembunuhan itu dilakukan oleh mereka yang rapat dan mengenali mangsa ekoran tiada laporan mengenai kehilangan kanak-kanak dibuat, beliau tidak menolak kemungkinan itu.
Sehubungan itu, polis meminta waris atau ahli keluarga terdekat yang kehilangan kanak-kanak supaya menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Che Aziz Md. Isa di talian 012-9280024 dengan segera.
Lebih menyedihkan, sehingga pukul 6 petang ini, mayat kanak-kanak itu masih ditempatkan di bilik mayat HKL kerana tiada waris yang datang menuntut mayat itu.
Malah, tiada sebarang laporan mengenai kehilangan kanak-kanak dibuat di mana-mana balai polis setakat petang ini.
KUALA LUMPUR 22 Dis. – Belum pun kematian Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin dua tahun lalu luput daripada ingatan masyarakat – hari ini seorang lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa pembunuhan kejam.
Mayatnya dengan kesan leher dijerut ditemui di ibu negara kira-kira pukul 11.30 pagi ini.
Lebih sedih lagi, mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung dipercayai dicampak dalam kolam tadahan banjir di Kampung Boyan, Lorong Gurney di Jalan Semarak di sini.
Mangsa berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun dipercayai dirogol. Mayatnya ditemui dalam keadaan separuh bogel.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, kanak-kanak itu yang berkulit gelap mempunyai ketinggian kira-kira 1.2 meter.
Ketika ditemui, kata beliau, mangsa hanya memakai baju tidur tanpa seluar dalam.
Menurut Zakaria, siasatan awal mendapati, leher mangsa telah dijerut ketat dengan sehelai kain.
“Mayat kanak-kanak itu dipercayai dicampak ke kolam tersebut dalam tempoh 24 jam lalu. Selain kain itu, kita tidak menemui objek lain yang boleh dikaitkan dengan pembunuhannya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat kanak-kanak malang itu yang ditemui oleh tiga pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikeluarkan dengan bantuan skuad penyelamat pihak berkuasa tempatan itu.
Menurut Zakaria, identiti mangsa masih belum diketahui dan polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Tambahnya, mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis akan memperincikan siasatan selepas laporan bedah siasat diterima.
Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang kehilangan anak perempuan supaya segera menghubungi balai polis berdekatan.
************************************************************************************
KEAJAIBAN DUBAI



PANDANGAN dari udara menunjukkan keindahan Palm Jumeirah di Dubai dalam gambar yang dirakam kelmarin. Mega projek ini turut menjadi perhatian industri kewangan global berikutan masalah hutang luar negara itu yang luar biasa jumlahnya. Semalam, Dubai World mengecewakan para peminjamnya kerana tidak membuat komitmen kukuh bagaimana hendak melunaskan hutang AS$22 bilion (RM74.8 bilion).


GAMBAR DI ATAS INI DI AMBIL MASIH DALAM PEMBINAAN.

Ahad, 20 Disember 2009

BANGKAI KAPAL PERANG DUNIA KEDUA DI TEMUI


kapal hospital AHS Centaur iaitu kapal hospital yang diletupkan oleh peluru torpedo kapal selam Jepun semasa Perang Dunia Kedua di pantai timur Australia

SYDNEY 20 Dis. – Pasukan pencarian dasar laut hari ini menemui bangkai sebuah kapal hospital yang diletupkan oleh peluru torpedo kapal selam Jepun semasa Perang Dunia Kedua di pantai timur Australia.
Kapal AHS Centaur karam pada 14 Mei 1943 dan mengorbankan 64 daripada keseluruhan 332 orang di atas kapal tersebut.
Pencarian yang ditumpukan kepada kawasan perairan bandar raya Brisbane di Queensland, menemui bangkai kapal itu pada kedalaman dua kilometer di bawah aras laut.
Bulan depan, sebuah kenderaan dasar laut kawalan jauh yang dilengkapi dengan kamera definisi tinggi akan digunakan untuk merakamkan keadaan kapal tersebut, kata Ketua Menteri Queensland, Anna Bligh.
“Penemuan AHS Centaur memberi peluang kepada rakyat Australia mengenalinya dan memperingati kesemua 268 jururawat dan krew yang terkorban dalam perkhidmatan mereka kepada negara.
“Saya harap dengan penemuan ini, keluarga dan rakan taulan mereka yang terkorban berasa lega,” kata Timbalan Perdana Menteri, Julia Gillard dalam satu kenyataan.
Dalam pengumuman mengena misi pencarian dasar laut itu bulan lalu, Perdana Menteri, Kevin Rudd menyatakan bahawa kehilangan Centaur ‘menimbulkan kesedihan yang amat sangat pada negara dan menjadi simbol keazaman menentang musuh ganas’.
Pada tahun 2008, pasukan pencarian dasar laut menemui bangkai kapal HMAS Sydney II di perairan barat Australia.
Kapal itu yang menjadi kebanggaan tentera laut Australia, karam pada tahun 1941 dan mengorbankan 645 nyawa selepas pertempuran dengan kapal perang Kormoran milik Jerman
************************************************************************************

SHELL, PETRONAS METERAI PERJANJIAN CARI GALI MINYAK DI IRAQ.

BAGHDAD 20 Dis. - Satu konsortium yang diketuai syarikat minyak terbesar Eropah, Royal Dutch Shell hari ini, menandatangani perjanjian awal untuk membangunkan lapangan minyak raksasa Majnoon di Iraq.
Shell bersama syarikat minyak Malaysia, Petronas, memenangi hak dalam lelongan tenaga awal bulan ini untuk lapangan minyak yang terletak berdekatan hab minyak di Basra, selatan Iraq.
Eksekutif kanan Shell, Mounir Bouaziz dan Timbalan Pengarah di pejabat perlesenan minyak Kementerian Minyak, menandatangani perjanjian itu di tengah bandar Baghdad. Ia kini perlu dihantar ke Kabinet untuk diluluskan.
Majnoon dianggarkan mempunyai simpanana 12.6 bilion tong minyak sekali gus menjadikannya lapangan minyak belum diterokai yang terbesar di dunia.
Iraq berharap beberapa perjanjian minyak akan menjadikan negara ini pemain utama dalam pasaran tenaga global dan meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 12 juta tong minyak sehari dalam enam atau tujuh tahun lagi, menghampiri pendahulu, Arab Saudi.
Sesi bidaan pada 11 dan 12 Disember lalu, menyaksikan kerajaan Iraq memberikan tujuh kontrak kepada syarikat petroleum asing.
Bagi Majnoon, Shell mencadangkan tuntutan AS$1.39 (RM4.78) setiap ton dan bertekad meningkatkan pengeluaran pada 1.8 juta tong sehari berbanding hanya 45,900 tong sehari sekarang ini.
Shell mempunyai pegangan saham sebanyak 60 peratus dalam konsortium ini sementara Petronas sebanyak 40 peratus.

Sabtu, 19 Disember 2009

PBB LULUSKAN RESOLUSI ANTIFITNAH /OPS TENGAS 5 BRUAS


NEW YORK 19 Dis. – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) meluluskan satu resolusi semalam, yang menyatakan kekesalan terhadap fitnah ke atas agama dan meluahkan kebimbangan yang Islam kerap dikaitkan dengan keganasan serta pelanggaran hak asasi.
Resolusi yang ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), diluluskan dengan undi 80-61 dengan 42 undi berkecuali.
Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan negara Eropah serta beberapa negara maju menentangnya. Ramai yang melihatnya sebagai campur tangan dalam kebebasan bersuara dan beragama.
Eliot Engel, seorang anggota Parti Demokrat dari New York yang juga ahli kanan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, menyifatkan resolusi itu ‘gagal menyelesaikan masalah sebenar diskriminasi agama dan kebencian’ serta ‘mempromosikan sikap tidak bertoleransi dan pelanggaran hak asasi dengan membataskan hak seseorang meluahkan kepercayaan agama mereka’.

UNGA telah menggunakan resolusi ‘fitnah ke atas agama’ setiap tahun sejak 2005 dan tahun ini ia diluluskan dengan margin yang paling sedikit.
Antara lain, resolusi itu menyatakan ‘kebimbangan mendalam tentang stereotaip negatif ke atas agama dan kewujudan tidak bertoleransi serta diskriminasi terhadap agama dan kepercayaan’.
Ia juga memberi penekanan kepada ‘program dan agenda yang dilakukan ekstremis’ serta ‘kebencian agama secara umum, termasuk perbezaan layanan etnik dan agama ke atas minoriti Islam selepas insiden tragik 11 September 2001’.
Resolusi itu turut ‘menyatakan kerisauan bahawa Islam sering dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi dan keganasan’.
*************************************************************************************

OPS TENGAS 5 DI BRUAS

Alhamdullilah syukur kita kepada allah s.w.t operasi tengas 5 di Bruas berjaya dengan jayanya.Tujuan ops tengas ini adalah untuk mengheratkan lagi hubungan rakan rakan Ham di Taiping,Parit dan juga Ipoh.Walaupun kehadiranya tak seberapa kerana almaklumlah hari cuti banyak rakan-rakan terlibat berbagai progam yang telah di atur,tambahan pula musim kenduri khawin.


Berkumpul di masjid Trong bersalaman dengan 9w2APH konvoi ke Perlis.9w2IPT,9W2VZO,9W2MZS.9W2HBC

9W2HBC,9W2IPT,9W2MZS,9W2VZO,9W2APH.

9W2PHJ,9W2VZO,9W2MZS,9W2HBC,9W2APH

9W2APH TINGGALKAN KAMI DAN TERUS KEUTARA PERLIS BERSAMA KELUARGA.

9W2MZS,9W2PHJ,SWAL SHAH,9W2VZO,9W2HBC,9W2LAD.

SWAL SHAH 9W2VZO,9W2HBC,9W2LAD,9W2MZS,9W2PHJ.







SAMPAI DI LOKASI TERUS BAIKI JALA YANG KOYAK HEH..HEH.

9W2IPT,9W2MZS,9W2LAD.

9W2IPT,9W2OCC,9W2VZO,9W2HBC,9W2MZS.

9W2LAD MEMANGCING DI PERHATIKAN OLEH 9W2VZO

9W2MZS DAN SWAL SHAH

9W2OCC ,9W2PHJ,9W2VZO BERSAMA -SAMA BAIKI JALA..

9W2LAD,9W2VZO,9W2HBC





9W2VZO,9W2OCC,9W2IPT.

9W2VZO,9W2HBC.

9W2OCC,9W2IPT,9W2PHJ.

Ahad, 13 Disember 2009

Semoga Berbahgia & Ceria2 sokmo


Saya dan juga keluarga mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada 9W2ZLA yang telah melangsungkan majlis perkahwinan hari ini di Taman Parit Setia, Parit.

Saya juga mendoakan moga dikurniakan cahayamata yang terbanyak kerana zuriah itu menambahkan lagi serinya alam berumahtangga.

Selamat pengantin baru sekali lagi.